Khamis (30 Julai 2009)
Friday, July 31, 2009
Pantauan mengejutkan...
Posted by yatt at 11:57 PM 0 comments
Thursday, July 30, 2009
Emosi:(
Kat Prasekolah....
Aku mula mengajar Kognitif....Seronok mengajar, tiba-tiba macam mana perasaan marah membuak2, aku marah dua orang murid. Mohan dan Amirul...Tiba-tiba jer angin tak menjadi ari ni....Lepas marah, aku terus mintak maaf kat Cg kelas, Pn. Ramlah....Tapi Cg.Ramlah cakap takpela Yati, marah je.....Nasib baik tak marah aku...Tp takut jugak cg Ramlah kecik hati...Tp aku sepatutnya tak buat macam tu....Sebagai seorang guru aku patut pandai kawal perasaan aku.....Aku harap aku dapat kawal emosi aku lepas ni
Posted by yatt at 12:14 AM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
Hati ku mulai sayu...
Posted by yatt at 12:01 AM 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
Pengalaman baru....
Posted by yatt at 12:05 AM 0 comments
Monday, July 20, 2009
Jasa Guruku
sajak ini diubahsuai oleh Cg Yati untuk adik Syafika (Prasekolah Bestari Sk Telok Mas)..Syafika akan bertanding pada Oktober ini....SELAMAT BERJAYA muridku sayang......
JASA GURUKU
Detik ini hatiku mula resah
apakah tujuan aku kemari
kulihat sana sini
ada juga anak-anak muda bangsa
bersatu kami dibawah pondok ilmu
Diasuh, diajar tulis baca
penuh dengan kata-kata hikmah
demi mencapai cita-cita yang satu
Guru-guru,
Kau umpama lilin yang setia
rela membakar dirimu
tiada kau
tiada lah jua aku di sini
terima kasih cikgu
daku ucapkan
moga dikau dipayungi
cahaya rahmat-Nya
amin
Posted by yatt at 9:31 PM 0 comments
kerinduan....
Mak....adik rindu sangat kat mak...
Diri ini hanya dapat memendam perasaan ini betapa aku rindu pada ibu tersayang....
Adakah diri ini dapat bertemu dengan ibu tersayang di akhirat kelak???
Ya ALLah kupanjatkan doa, agar ibuku diletakkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh.........
Tak dapat kugambarkan perasaan ini....
Kehilangan orang yang dicintai.....
Bila diingat, rasa baru semalam aku bermanja dengannya...
Hanya air mata dan doa menjadi pengubat diri ini...
Di mana dapat diriku mengadu??????
Adakah mereka faham ddengan perasaan ini.....
Hari berjalan semakin tua usianya...
Aku masih begini....
Mengharapkan yang terbaik datang menjengah dalam hidupku....
Semoga yang terbaik itu dapat memahami setiap detik perasaan ini....
Ku doakan segala yang berlaku akan mematangkan diri ini...
AMIN......
Posted by yatt at 7:12 PM 0 comments
Thursday, July 16, 2009
HARI INI;)
Pada hari ini, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, semua warga sekolah wajib menyertai senamrobik sempena bulan kecergasan. Sebagai seorang guru pelatih, saya dan rakan-rakan dikehendaki mngetuai senaman ini. saya sangat berpuas hati dengan penglibatan daripada semua warga sekolah ini kerana mereka berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Sesi Pengajaran saya bermula dengan slot Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menggunakan televisyen sebagai bahan bantu mengajar untuk menarik lagi perhatian murid. Di dalam slot ini, saya telah memperkenalkan murid dengan suku kata yang terdapat di dalam ejaan kenderaan udara yang telah dipaparkan. Pada pertengahan pengajaran ini, saya ada bertanya kepada murid adakah mereka bosan dengan pengajaran yang diajarkan. Mereka menjawab, mereka bosan kerana mereka inginkan aktiviti berkumpulan. Di sini jelas bahawa, murid sentiasa berminat dengan aktiviti kumpulan yang akan dilakukan oleh guru.
Pada slot kedua pula, saya telah menjalankan slot untuk komponen kognitif. Saya menjalankan aktiviti memperkenalkan ruang kepada murid. Pada slot ini murid sudah mempunyai pengalaman kerana pada minggu lepas saya ada menyentuh sedikit berkaitan dengan aktiviti ini.
Untuk slot ketiga pula saya telah menjalankan slot untuk komponen Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menjalankan aktiviti yang sama seperti pada slot pertama. Untuk aktiviti penutup p ada slot ini, saya telah memberikanlembaran kerja kepada murid. Mereka seronok menjalankan aktiviti ini.
Posted by yatt at 12:41 AM 1 comments
Wednesday, July 15, 2009
Hari ini;(
Hari bermula dengan.....mata agak mgantuk....selepas solat subuh, aku membaringkan diri seketika sementara menunggu jam 6.30 pagi..tak tahu kenapa hari ni penat sangat...belum sampai sekolah lagi...huhuhu....Pagi ini aku mulakan sesi pengajaran di padang, mengajar murid 1 C....tapi apa yang tak bestnyer, peralatan tak dapat nak ambik dari stor sukan..nampak gayenye tak dapat la nak jalankan aktivt yang dah dirancang....sedih jugak...da rancang tak dapat nak buat....aku pun mula fikir nak buat ape ye!!!! Aku pun buat aktiviti biasa menjalankan aktiviti mencuit lutut oasangan masing2...murid dikehendaki mengejar pasangan masing2 u tuk menyentuh lutut pasangannya....tapi macam tak menarik je....
kat Parasekolah plak...dya aktiviti yang aku buat macam best tapi semua nampak tak sempurna...huhuhu...kenapa la hari ni semua nampak serabut sangat.....sedih jugak...aktiviti melukis menggunakan lilin kemudian mewarnakan menggunakan warana air pada awalnya nampak menarik...tapi last2 budak btak reti nak melukis......huhuhu...takpela..esok mesti lebih bersemangat lagi...
kat rumah sewa....kenapa ni, bangun tidor rase sedih jer...nak nangis pun ade...huhuhu...mase buat rancangan mengajar, rase semua tak betull....kenape ni yati!!!!!! ade yang tak kene ke.....tapi last2 dapat jugak siapkan semua...esok berkemungkinan Pensyarah datang observe..harap semua berjalan dengan baik...AMIN...
Posted by yatt at 12:50 AM 0 comments
Saturday, July 11, 2009
praktikum oh praktikum...
Minggu ke2
Proses pengajaran dan pembelajaran sudah bermula....kringggg.......loceng berbunyi....cikgu yati sibuk memerhatikan murid2 yang sedang berada di tapak perhimpunan...."alahai, macam mana ni waktu pendidikan jasmani da nak mula...sempat tak ni"....Hari ini, merupakan hari pertama cigku yati akan mengajar PJ untuk murid 1Cerdik...selepas semua murid beredar ke kelas, cepat2 cikgu yati mengejar murid ke kelas tahun 1Cerdik..."Assalamualaikum semua...ok, sekarang cg nak bawa kamu semua ke padang..."dgan nada yang bersemangat....."hoooreyy" mereka ni memang suka ke padang...pengajaran pertama untuk matapelajaran ini adalah pergerakan lokomotor... pergerakan ini bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain...pada walanya untuk memulakan sesi pengajaran cigku yati agak berdebar...tetapi apabila melihatkan kesungguhan murid kelas ini untuk melakukan aktiviti, cikgu yati mula bersemangat dan perjalanan p&p berjalan dengan lancar....alhamdullilah....
Tiba untuk ke kelas Prasekolah....penat belum hilang....kini akan berdepan dengan murid2 cilik...yang banyak ragamnya...tetapi mengingatkan kata2 seorang pensyarah, "guru tidak boleh malas dan tidak boleh berputus asa" , cikgu yati meneruskan pengaqran di kelas prasekolah dibantu oleh cikgu linda....berbekalkan alat bantu mengajar yang dihasilkan, semuanya berjalan dengan lancar....pad minggu ke 2 ini semua proses P&P dapat dijalankan dengan baik...kawan2 banyak membantu dalam menyumbang idea bagi menyempurnakan perancangan pengajaran......
Posted by yatt at 1:53 AM 0 comments