Friday, July 31, 2009

Pantauan mengejutkan...

Khamis (30 Julai 2009)

Selesai sahaja tamat perhimpunan pagi, aku dikejutkan dengan kedatangan En. Zulhisham, selaku pensyarah pembimbing untuk matapelajaran Pendindikan Jasmani....Aku agak terburu2 masuk ke kelas untuk mendapatkan buku rancangan mengajar..Di dalam perancangan aku akan mengajar murid tahun 1 Cerdik melakukan aktiviti melompat dua kaki dan satu kaki.....Aku perlu sediakan alatan dengan cepat....Murid-murid perlu disediakan lebih awal......Sesi P&P bermula dengan baik....Pada hari ini, Kebanyakkan murid memakai baju sukan..Alhamdullilah....Mereka juga mendengar arahan dengan baik....Seorang murid, bernama Aminuddin seringkali tidak memakai baju sukan sebelum ini, tetapi pada hari ini dia lengkap berbaju sukan dan yang paling penting, dia telah menunjukkan cara melompat dengan betul....Tahniah....Selesai sesi P&P Pendidikan Jasmani dijalankan, aku dikejutkan lagi dengan kehadiran pensyarah pembimbing untuk subjek Majaor, PN, Maimun Aziz...Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar....Aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.....Murid-murid seronok dengan aktiviti lakonan menjual beli yang dijalankan. Terima kasih semuanya kerana membantu dalam kelancaran pantauan pada hari ini....

Thursday, July 30, 2009

Emosi:(

Hari ni semasa proses pengajaran berlangsung....rasa macam nak pitam jer...Sebenranya aku demam hari ni....Bangun pun lewat tadi...tup..tup tepat jam 6.45 aku terjaga dari tdo...Alamak...da lewat la......Mati la, aku bertugas jaga pintu pagar.......Alhamdullilah hujan...jadi Cg Yati tak perlu jaga pintu pagar..hehehehe...Kat dalam kelas mulalah rasa tak sedap badan....Tp buat biasa jer....Aku ke tempat ujian SEGAK dijalankan....Hari ni Macam seronok plak tgok budak tahun 5 buat ujian SEGAK...Ade sorang budak ni sebijik macam anak sedara aku, along...rindu plak kat along.....

Kat Prasekolah....
Aku mula mengajar Kognitif....Seronok mengajar, tiba-tiba macam mana perasaan marah membuak2, aku marah dua orang murid. Mohan dan Amirul...Tiba-tiba jer angin tak menjadi ari ni....Lepas marah, aku terus mintak maaf kat Cg kelas, Pn. Ramlah....Tapi Cg.Ramlah cakap takpela Yati, marah je.....Nasib baik tak marah aku...Tp takut jugak cg Ramlah kecik hati...Tp aku sepatutnya tak buat macam tu....Sebagai seorang guru aku patut pandai kawal perasaan aku.....Aku harap aku dapat kawal emosi aku lepas ni

Tuesday, July 28, 2009

Hati ku mulai sayu...


Hari ini semasa aku sedang sibuk merancang aktiviti di kelas Prasekolah, tiba-tiba telefon bimbitku berbunti. Pesanan dari kakakku mengatakan Hamdi anad saudaraku berada di hospital. Aku amat terkejut..Fikiranku melayang teringatkan wajah Hamdi....Hmadi adalah anak kak Teh ku yang bongsu. Menurut kakakku Hamdi sudah berda di hospital sejak dua hari lalu...Setelah sesi persekolahan tamat, aku telah menghadiri satu mesyuarat khas sempena Pertandingan Sukaneka Prasekolah. Aku mendapt pesanan dari kakaku lagi mengatakan Hamdi dimasukkan ke hospital kerana kakinya dijangkiti kuman. Air mata bagaikan mahu mengalir kerana teringatkan Hamdi. Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya. Sekarang Hamdi berada di Kuala Terengganu kerana kakakku mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Institut Perguruan Dato Ghazali di Batu Rakit....Pengorbanan kakakku ini terlalu banyak. Hatiku merasakan sayu apabila mengingatkan kesabaran dan pengorbanan beliau. Apabila mengingatkan Hamdi pula, hatiku mulai rasa sebak. Ya Allah banyaknya dugaan yang dihadapi oleh kakakku ini. Sebagi seorang adik, aku dapat merasakan kesedihannya sekarang....Ya Allah, sembuhkan lah penyakit yang dihadapi oleh Hamdi....Aku sangat risaukan Hamdi......

Wednesday, July 22, 2009

Pengalaman baru....

Hari ini ada dua pengalaman baru yang akan aku kongsikan....Pertam apada waktu pagi lagi akutelah menjaga peperiksaan bulanan di kelas 1 Cerdik....Bila diingatkan balik, rasa macam kelakar pn ada cz cg Yati ni bagi arahan murid macam tak faham jer...Atau buat-buat tak faham....hehehe...Kebanyakkan mereka banyak bertanya masa menjawab soalan....Ape lagi cikgu Yati pn ada la bagi jawapan sikit2 kat murid ni.....tapi tak sempat la nak bermanja banyak sangat gan cg Yati....Masa da tamat la.....Cg lain pulak nak masuk......

Pengalaman ku yang kedua....Aku diminta ke mesyuarat ketua-ketua jawatankuasa bagi pertandingan sukaneka Daerah Air Keroh...Cg Yati hanya menggantikan Cg.Azlina yang tidak dapat hadir kerana beliau ada kelas tambahan....Cg Yati dihantar oleh Cg Linda yang baik hati.....Kesian Cg Linda, nak cari tempat mesyuarat tu bukan main sesat....huhuhu...Tak kenal jalan.....Pusing punya pusing akhirnya jumpalah Sek.Men Ayer Keroh.....Besar sekolah tu.....Dah la samapi lewat, masuk bilik mesyuarat macam tak tahu ape-pae....kesian Cg Yati...Tapi disebabkan sikap tak "selamber" ada dalam diri, Cg yati pun pura2 tegur cg kat sebelah.....Lam jugak mesyuarat ni....Akhirnya masa nak balik tiba....Cg yati msg Cg Linda....Kesian Cg Linda nak datang ambik.....Itulah seorang sahabat yang betul-betul ikhlas...Terima kasih wahai kawanku......

Monday, July 20, 2009

Jasa Guruku

sajak ini diubahsuai oleh Cg Yati untuk adik Syafika (Prasekolah Bestari Sk Telok Mas)..Syafika akan bertanding pada Oktober ini....SELAMAT BERJAYA muridku sayang......


JASA GURUKU

Detik ini hatiku mula resah
apakah tujuan aku kemari
kulihat sana sini
ada juga anak-anak muda bangsa
bersatu kami dibawah pondok ilmu

Diasuh, diajar tulis baca
penuh dengan kata-kata hikmah
demi mencapai cita-cita yang satu




Guru-guru,
Kau umpama lilin yang setia
rela membakar dirimu
tiada kau
tiada lah jua aku di sini
terima kasih cikgu
daku ucapkan
moga dikau dipayungi
cahaya rahmat-Nya
amin

kerinduan....

Mak....adik rindu sangat kat mak...
Diri ini hanya dapat memendam perasaan ini betapa aku rindu pada ibu tersayang....
Adakah diri ini dapat bertemu dengan ibu tersayang di akhirat kelak???
Ya ALLah kupanjatkan doa, agar ibuku diletakkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh.........

Tak dapat kugambarkan perasaan ini....
Kehilangan orang yang dicintai.....
Bila diingat, rasa baru semalam aku bermanja dengannya...
Hanya air mata dan doa menjadi pengubat diri ini...
Di mana dapat diriku mengadu??????
Adakah mereka faham ddengan perasaan ini.....

Hari berjalan semakin tua usianya...
Aku masih begini....
Mengharapkan yang terbaik datang menjengah dalam hidupku....
Semoga yang terbaik itu dapat memahami setiap detik perasaan ini....
Ku doakan segala yang berlaku akan mematangkan diri ini...
AMIN......

Thursday, July 16, 2009

HARI INI;)


Pada hari ini, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, semua warga sekolah wajib menyertai senamrobik sempena bulan kecergasan. Sebagai seorang guru pelatih, saya dan rakan-rakan dikehendaki mngetuai senaman ini. saya sangat berpuas hati dengan penglibatan daripada semua warga sekolah ini kerana mereka berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Sesi Pengajaran saya bermula dengan slot Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menggunakan televisyen sebagai bahan bantu mengajar untuk menarik lagi perhatian murid. Di dalam slot ini, saya telah memperkenalkan murid dengan suku kata yang terdapat di dalam ejaan kenderaan udara yang telah dipaparkan. Pada pertengahan pengajaran ini, saya ada bertanya kepada murid adakah mereka bosan dengan pengajaran yang diajarkan. Mereka menjawab, mereka bosan kerana mereka inginkan aktiviti berkumpulan. Di sini jelas bahawa, murid sentiasa berminat dengan aktiviti kumpulan yang akan dilakukan oleh guru.

Pada slot kedua pula, saya telah menjalankan slot untuk komponen kognitif. Saya menjalankan aktiviti memperkenalkan ruang kepada murid. Pada slot ini murid sudah mempunyai pengalaman kerana pada minggu lepas saya ada menyentuh sedikit berkaitan dengan aktiviti ini.

Untuk slot ketiga pula saya telah menjalankan slot untuk komponen Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menjalankan aktiviti yang sama seperti pada slot pertama. Untuk aktiviti penutup p ada slot ini, saya telah memberikanlembaran kerja kepada murid. Mereka seronok menjalankan aktiviti ini.

Pada waktu senggang setelah menamatkan sesi pengajaran di prasekolah, saya dan rakan mula merancang aktiviti untuk esoh hari. semasa sedang asyik menulis, datang seorang guru praktikum dari UPSI, Erin menjengah kami yang sibuk merancang RPH. Beliau ada menyatakan bahawa kami sentiasa kelihatan bersemangat didalam melakukan segala aktiviti di prasekolah..saya hanya mengiyakan dan tersenyum memandangnya. sedang asyik menulis lagi Erin ada berbual berkaitan dengan penempatan kami apabila kami mula mengajar kelak. saya ada mengatakan bahawa kami warga IPGM KPM kebanyakkannya ditempatkan di Sabah dan Sarawak...Erin pun mula bercerita berkaitan dgn pengalaman2 rakan-rakannya yg telah mngjar di Sarawak...banyak suka duka yg ditempuh di sana...saya mersakan inilah masanya untuk kami semua mencari pengalaman yg paling berharga..mungkin ada hikmah apabila Tuhan dah tentukan kita ditempatkan di mana2...jadi saya tidak perlulah risau akan penempatan yang akan saya lalui nanti..segalanya ku berserah........


Wednesday, July 15, 2009

Hari ini;(

Hari bermula dengan.....mata agak mgantuk....selepas solat subuh, aku membaringkan diri seketika sementara menunggu jam 6.30 pagi..tak tahu kenapa hari ni penat sangat...belum sampai sekolah lagi...huhuhu....Pagi ini aku mulakan sesi pengajaran di padang, mengajar murid 1 C....tapi apa yang tak bestnyer, peralatan tak dapat nak ambik dari stor sukan..nampak gayenye tak dapat la nak jalankan aktivt yang dah dirancang....sedih jugak...da rancang tak dapat nak buat....aku pun mula fikir nak buat ape ye!!!! Aku pun buat aktiviti biasa menjalankan aktiviti mencuit lutut oasangan masing2...murid dikehendaki mengejar pasangan masing2 u tuk menyentuh lutut pasangannya....tapi macam tak menarik je....

kat Parasekolah plak...dya aktiviti yang aku buat macam best tapi semua nampak tak sempurna...huhuhu...kenapa la hari ni semua nampak serabut sangat.....sedih jugak...aktiviti melukis menggunakan lilin kemudian mewarnakan menggunakan warana air pada awalnya nampak menarik...tapi last2 budak btak reti nak melukis......huhuhu...takpela..esok mesti lebih bersemangat lagi...

kat rumah sewa....kenapa ni, bangun tidor rase sedih jer...nak nangis pun ade...huhuhu...mase buat rancangan mengajar, rase semua tak betull....kenape ni yati!!!!!! ade yang tak kene ke.....tapi last2 dapat jugak siapkan semua...esok berkemungkinan Pensyarah datang observe..harap semua berjalan dengan baik...AMIN...

Saturday, July 11, 2009

praktikum oh praktikum...

Dua minggu sudah, praktikum berlalu....baru sekarang jari ini sempat untuk mencoretkan pelbagai cerita menarik bermula diri ini menjejakkan kaki di SK Telok Mas....Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar..pada minggu pertama mendaftarkan diri di sekolah, perasaan bercampur aduk dengan gembira, segan, menggigil dan macama2 lagi...tapi kukuatkan langkah untuk mencapai yang satu...pada minggu pertama aku dan Roslinda hanya sibuk dengan latihan untuk perkhemahan unit beruniform sekolah...seronok jugak latih budak berkawad dan berboria...tapi aku ni segan sikit pada minggu pertama ni...nak bagi idea pun macam nak tak nak kelur je idea...tapi yang pasti semua murid senang dengan kehadiran cikgu baru mereka ni...hehehe..alhamdullilah...bermulanya perkhemahan...murid berkhemah...huhuhu...kecian murid-murid tido dalam keadaan basah sebabnya padang becak...perkhemahan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masah, apa yang paling menarik adalah aktiviti merempuh halangan...seronok sangat...semangat sesama pasukan banyak dapat dilihat...cikgu2 pun bersemangat sama...cikgu Nurhayati ni...lagi lah bersemangat....menyokong unui PPIM....tapi nasib badan PPIM kalah...tapi PPIM menang dalam pertandingan kawad dan keceriaan khemah....malam kemuncak perkhemahan..iaitu malam kebudayaan, tiba-tiba aku diberikan tugas untuk menjadi pengacara majlis untuk malam tu...huhuhu...macam2 perasaan ada...yang paling penting perasaan takut tu ada...mulala aku mereka teks ringkas...siap ada pantun ag....idea mula berkembang...tetapi semuanya berjalan dengan lancar..tetapi apa yang penting pengalaman pada perkhemahan ini, keramahan dan kemesraan guru2 di sek ini patut dipuji...

Minggu ke2

Proses pengajaran dan pembelajaran sudah bermula....kringggg.......loceng berbunyi....cikgu yati sibuk memerhatikan murid2 yang sedang berada di tapak perhimpunan...."alahai, macam mana ni waktu pendidikan jasmani da nak mula...sempat tak ni"....Hari ini, merupakan hari pertama cigku yati akan mengajar PJ untuk murid 1Cerdik...selepas semua murid beredar ke kelas, cepat2 cikgu yati mengejar murid ke kelas tahun 1Cerdik..."Assalamualaikum semua...ok, sekarang cg nak bawa kamu semua ke padang..."dgan nada yang bersemangat....."hoooreyy" mereka ni memang suka ke padang...pengajaran pertama untuk matapelajaran ini adalah pergerakan lokomotor... pergerakan ini bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain...pada walanya untuk memulakan sesi pengajaran cigku yati agak berdebar...tetapi apabila melihatkan kesungguhan murid kelas ini untuk melakukan aktiviti, cikgu yati mula bersemangat dan perjalanan p&p berjalan dengan lancar....alhamdullilah....
Tiba untuk ke kelas Prasekolah....penat belum hilang....kini akan berdepan dengan murid2 cilik...yang banyak ragamnya...tetapi mengingatkan kata2 seorang pensyarah, "guru tidak boleh malas dan tidak boleh berputus asa" , cikgu yati meneruskan pengaqran di kelas prasekolah dibantu oleh cikgu linda....berbekalkan alat bantu mengajar yang dihasilkan, semuanya berjalan dengan lancar....pad minggu ke 2 ini semua proses P&P dapat dijalankan dengan baik...kawan2 banyak membantu dalam menyumbang idea bagi menyempurnakan perancangan pengajaran......