Tuesday, July 28, 2009

Hati ku mulai sayu...


Hari ini semasa aku sedang sibuk merancang aktiviti di kelas Prasekolah, tiba-tiba telefon bimbitku berbunti. Pesanan dari kakakku mengatakan Hamdi anad saudaraku berada di hospital. Aku amat terkejut..Fikiranku melayang teringatkan wajah Hamdi....Hmadi adalah anak kak Teh ku yang bongsu. Menurut kakakku Hamdi sudah berda di hospital sejak dua hari lalu...Setelah sesi persekolahan tamat, aku telah menghadiri satu mesyuarat khas sempena Pertandingan Sukaneka Prasekolah. Aku mendapt pesanan dari kakaku lagi mengatakan Hamdi dimasukkan ke hospital kerana kakinya dijangkiti kuman. Air mata bagaikan mahu mengalir kerana teringatkan Hamdi. Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya. Sekarang Hamdi berada di Kuala Terengganu kerana kakakku mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Institut Perguruan Dato Ghazali di Batu Rakit....Pengorbanan kakakku ini terlalu banyak. Hatiku merasakan sayu apabila mengingatkan kesabaran dan pengorbanan beliau. Apabila mengingatkan Hamdi pula, hatiku mulai rasa sebak. Ya Allah banyaknya dugaan yang dihadapi oleh kakakku ini. Sebagi seorang adik, aku dapat merasakan kesedihannya sekarang....Ya Allah, sembuhkan lah penyakit yang dihadapi oleh Hamdi....Aku sangat risaukan Hamdi......

0 comments: