Thursday, July 16, 2009

HARI INI;)


Pada hari ini, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, semua warga sekolah wajib menyertai senamrobik sempena bulan kecergasan. Sebagai seorang guru pelatih, saya dan rakan-rakan dikehendaki mngetuai senaman ini. saya sangat berpuas hati dengan penglibatan daripada semua warga sekolah ini kerana mereka berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Sesi Pengajaran saya bermula dengan slot Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menggunakan televisyen sebagai bahan bantu mengajar untuk menarik lagi perhatian murid. Di dalam slot ini, saya telah memperkenalkan murid dengan suku kata yang terdapat di dalam ejaan kenderaan udara yang telah dipaparkan. Pada pertengahan pengajaran ini, saya ada bertanya kepada murid adakah mereka bosan dengan pengajaran yang diajarkan. Mereka menjawab, mereka bosan kerana mereka inginkan aktiviti berkumpulan. Di sini jelas bahawa, murid sentiasa berminat dengan aktiviti kumpulan yang akan dilakukan oleh guru.

Pada slot kedua pula, saya telah menjalankan slot untuk komponen kognitif. Saya menjalankan aktiviti memperkenalkan ruang kepada murid. Pada slot ini murid sudah mempunyai pengalaman kerana pada minggu lepas saya ada menyentuh sedikit berkaitan dengan aktiviti ini.

Untuk slot ketiga pula saya telah menjalankan slot untuk komponen Bahasa dan Komunikasi. Saya telah menjalankan aktiviti yang sama seperti pada slot pertama. Untuk aktiviti penutup p ada slot ini, saya telah memberikanlembaran kerja kepada murid. Mereka seronok menjalankan aktiviti ini.

Pada waktu senggang setelah menamatkan sesi pengajaran di prasekolah, saya dan rakan mula merancang aktiviti untuk esoh hari. semasa sedang asyik menulis, datang seorang guru praktikum dari UPSI, Erin menjengah kami yang sibuk merancang RPH. Beliau ada menyatakan bahawa kami sentiasa kelihatan bersemangat didalam melakukan segala aktiviti di prasekolah..saya hanya mengiyakan dan tersenyum memandangnya. sedang asyik menulis lagi Erin ada berbual berkaitan dengan penempatan kami apabila kami mula mengajar kelak. saya ada mengatakan bahawa kami warga IPGM KPM kebanyakkannya ditempatkan di Sabah dan Sarawak...Erin pun mula bercerita berkaitan dgn pengalaman2 rakan-rakannya yg telah mngjar di Sarawak...banyak suka duka yg ditempuh di sana...saya mersakan inilah masanya untuk kami semua mencari pengalaman yg paling berharga..mungkin ada hikmah apabila Tuhan dah tentukan kita ditempatkan di mana2...jadi saya tidak perlulah risau akan penempatan yang akan saya lalui nanti..segalanya ku berserah........


1 comments:

Anonymous said...

hee..yatt...xdop tmpt nk komen,cni je ek..huu..prac,ain sem dpn...dlm bln 1 gtu la...waa..jd ckgu dh ek...thniah2..