Saturday, July 11, 2009

praktikum oh praktikum...

Dua minggu sudah, praktikum berlalu....baru sekarang jari ini sempat untuk mencoretkan pelbagai cerita menarik bermula diri ini menjejakkan kaki di SK Telok Mas....Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar..pada minggu pertama mendaftarkan diri di sekolah, perasaan bercampur aduk dengan gembira, segan, menggigil dan macama2 lagi...tapi kukuatkan langkah untuk mencapai yang satu...pada minggu pertama aku dan Roslinda hanya sibuk dengan latihan untuk perkhemahan unit beruniform sekolah...seronok jugak latih budak berkawad dan berboria...tapi aku ni segan sikit pada minggu pertama ni...nak bagi idea pun macam nak tak nak kelur je idea...tapi yang pasti semua murid senang dengan kehadiran cikgu baru mereka ni...hehehe..alhamdullilah...bermulanya perkhemahan...murid berkhemah...huhuhu...kecian murid-murid tido dalam keadaan basah sebabnya padang becak...perkhemahan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masah, apa yang paling menarik adalah aktiviti merempuh halangan...seronok sangat...semangat sesama pasukan banyak dapat dilihat...cikgu2 pun bersemangat sama...cikgu Nurhayati ni...lagi lah bersemangat....menyokong unui PPIM....tapi nasib badan PPIM kalah...tapi PPIM menang dalam pertandingan kawad dan keceriaan khemah....malam kemuncak perkhemahan..iaitu malam kebudayaan, tiba-tiba aku diberikan tugas untuk menjadi pengacara majlis untuk malam tu...huhuhu...macam2 perasaan ada...yang paling penting perasaan takut tu ada...mulala aku mereka teks ringkas...siap ada pantun ag....idea mula berkembang...tetapi semuanya berjalan dengan lancar..tetapi apa yang penting pengalaman pada perkhemahan ini, keramahan dan kemesraan guru2 di sek ini patut dipuji...

Minggu ke2

Proses pengajaran dan pembelajaran sudah bermula....kringggg.......loceng berbunyi....cikgu yati sibuk memerhatikan murid2 yang sedang berada di tapak perhimpunan...."alahai, macam mana ni waktu pendidikan jasmani da nak mula...sempat tak ni"....Hari ini, merupakan hari pertama cigku yati akan mengajar PJ untuk murid 1Cerdik...selepas semua murid beredar ke kelas, cepat2 cikgu yati mengejar murid ke kelas tahun 1Cerdik..."Assalamualaikum semua...ok, sekarang cg nak bawa kamu semua ke padang..."dgan nada yang bersemangat....."hoooreyy" mereka ni memang suka ke padang...pengajaran pertama untuk matapelajaran ini adalah pergerakan lokomotor... pergerakan ini bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain...pada walanya untuk memulakan sesi pengajaran cigku yati agak berdebar...tetapi apabila melihatkan kesungguhan murid kelas ini untuk melakukan aktiviti, cikgu yati mula bersemangat dan perjalanan p&p berjalan dengan lancar....alhamdullilah....
Tiba untuk ke kelas Prasekolah....penat belum hilang....kini akan berdepan dengan murid2 cilik...yang banyak ragamnya...tetapi mengingatkan kata2 seorang pensyarah, "guru tidak boleh malas dan tidak boleh berputus asa" , cikgu yati meneruskan pengaqran di kelas prasekolah dibantu oleh cikgu linda....berbekalkan alat bantu mengajar yang dihasilkan, semuanya berjalan dengan lancar....pad minggu ke 2 ini semua proses P&P dapat dijalankan dengan baik...kawan2 banyak membantu dalam menyumbang idea bagi menyempurnakan perancangan pengajaran......

0 comments: