Sunday, January 31, 2010

~Sambutan Jubli Intan....75 Tahun IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka~

Sempena dengan sambutan Jubli Intan yang ke-75 IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, saya berkesempatan untuk bersama-sama warga IPGM KPM untuk meraikan sambutan ini. Tepat jam 10 pagi, bertempat di Dewan Sri Kandi, saya bersama rakan-rakan telah menghadiri satu Majlis Alumni bual bicara bersama tokoh-tokoh lepasan Maktab Perguruan ini yang dahulunya dikenali sebagai "Malay Women Training College". Bual bicara ini telah dikendalikan oleh 3 orang kuat Persatuan Lepasan Maktab Perguruan ini. Antaranya adalah, Pn. Hjh. Aida, Datin Rohani, Pn. Hjh. Zabariah..Bual bicara ini banyak menceritakan pengalaman-pengalaman berharga mereka ketika berada di maktab perguruan ini. Banyak pengorbanan dan perubahan yang telah dilakukan oleh mereka...~Nak hidup senang susah, nak hidup susah senang~ kata-kata dari salah seorang tokoh pada hari ini.~.Jadilah seorang pendidik bukan seorang guru~Banyak nasihat yang telah diberikan dan ia amat brerguna untuk membakar semangat saya yang bakal bergelar seorang guru tidak lama lagi...~ Guru kini dan selamanya~





Sambutan di sebelah petang sempena pelancaran Majalah Introspeksi II :




0 comments: