Monday, March 14, 2011

Sekian Lama~

Assalamualaikum.......pembuka bicara....Sudah lama aku tak menjengah blog ini...Mungkin kerana kesibukan kerja atau dalam kata lain internet terlalu perlahan untuk aku menaip kisah2 yg berlaku awal tahun ini.....Sekarang dah masuk bulan Mac, bermaksud sudah 3 bulan aku tidak menulis di ruangan blog ini.....

Untuk dipendekkan cerita, aku sebenarnya sudah pun mula berposting dalam kata lain sudah ditempatkan di sekolajh... Terlalu banyak rentetan cerita sebelum aku menjejakkan kaki ke sekolah.... Pada mulanya aku mengetahui di mana aku posting, iaitu di KUALA LUMPUR.... Perasaan pada ketika itu, agak biasa....Nak kata terkejut, tak terkejut, nak kata gembira tak gembira....Biasa2 aje....Tapi aku terfikir, kenapa mesrti KL...Perasaan terkejut tu datang apabila, aku mengetahui bahawa aku akan ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kepong 2 KL......Untuk mengajar subjek Bahasa Melayu...Aduh, parah gini, kat maktab ambik Prasekolah..Tp nk kene mgajar Bm, pulak tu mgajar budak cina.....
Perasaan berubah2, adakala rasa nak nangis, adakala rasa nak marah...(tp aku nak marah kat sapa??) Dengan coolnya, aku berpendapat mungkin ada hikmah di sana.....kdang2 kita tak sedar, apa yang Allah jadikan itu, ada hikmah di sebaliknya...Kita sebagai makhluknya hanya perlu menerima dan disamping itu, kita perlu berusaha..:0 Ramai yg mmberi smgat kpd aku.. Ramai yg ckp, sekolah cina bagus..Banyak bnda yg blh aku belajar...Selain itu, aku akan mencari pengalaman yg tak boleh dibeli di mana2.....

Tanggal, 7 Februari 2011, aku melangkah masuk ke SJKC Kepong 2...Persepsi pertama aku, semua cina, takde Melayu......Tetapi apabila melangkah masuk ke pejabat, alangkah terkejutnya aku, semua kerani sekolah adalah melayu....Alhamdulillah.....Tgok, jgn buat andaian sebelum kita melihat sendiri......Nak dijadikan cerita....Kat sekolah ni ade cg perempuan bujang....Dia mmg mgharap sgt cg bujang datang posting sini kerana dia sedang mencari housemate....Alhamdulillah, rezeki aku kali ini..tak payah nak caru rumah sewa...Benda dah di depan mata...My housemate Kak tie, org Kelatan.....Nak dijadikan cerita lagi, Nisa, kawan aku, satu kelas kat mktab dahulu, juga akan tinggal bersama aku kerana sekolahnya dekat dgn sekolah aku....Jadi kami akan tinggal bertiga.....Semua ni sudah diatur dgn baik oleh yag Maha Esa...Alhamdulillah.....

Hari pertama posting dah mula dapat jadula...Aduh, pening kepala aku...Banyak buku murid yg tak bertanda.......Tetapi sebagi guru baharu, aku perlu ambil semua ini sbg satu cabaran...huhuhu.......

Inilah kisahnya.......btw, Sebulan aku mgajar di sini aku rasa keserokkannya....Walaupun masuk kelas kdg2 budak bising kerana jumlah murid yg terlalu ramai, apabila keluar shj kelas segala masalah itu hilang dan aku mula tersenyum dgn gelagat2 murid....

Inilah dia kerjaya seorang guru, garang di kelas, lembut di luar....(Betol ke cg yati????)



Sunday, January 9, 2011

~Selamat Tahun Baru~

Salam semua....emmmm, walaupun hari ni dah masuk hari ke-9 tahun baru, tak terlambat utk sy mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kpd semua terutamanya keluarga dan kawan2 semua....
Kalau ckp pasal thn baru, mesti kita akan pasang azam baru kan? Emmmmm, apa ye azam baru sy tahun ini......Walau apa pun azam yg kita niatkan untuk tahun 2011 ini, diharapkan ianya akan tercapai..Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, akan menjadikan kita semua lebih matang dan lebih berjaya dalam kehidupan seharian

Monday, December 27, 2010

~Semuanya sama sahaja~

Selamat malam semua.....emmmmmm, dah ngantuk, tp hati ni rasa cam tak sedap hati dan rasa macam sedikit kecewa!...emmmmmm, tak tahu lah macam mana nak mulakan...Yg pasti, aku rasa semuanya sama...Semuanya sama?????Apa yg dikatan semuanya sama....Tak apalah, biaralah ia menjadi rahsia diri sebelum ia diungkai satu persatu....Emmmmm, banyak betul rahsia....huhuhu..
Tetapi, adakah semuanya sama sahaja????Penat dah dgn semua ni, kan bagus jika semua ni betul2...Dan apa yg diangan2kan akan betul2 berlaku...Adakah ia hanya mainan kata2???? Susah betul nak dijelaskan....Yg pasti aku seakan dapat merasakan semuanya hanya bersifat sementara, sebab tu la aku tak beriya sgt..Tp cuba utk beriya, spy ia takkan berulang kembali kpd cerita zaman dahulu...hurrrmmmmmm....Cerita zaman dahulu kala, zaman pak kaduk dgn si kancil yg sgt pintar...huhuhu....Semoga semuanya tidak benar..Hanya mainan di kotak fikiran....Harapan seribu kali harapan!Kenapa, mengapa dan bagaimana????Susah betol.....

Thursday, December 23, 2010

~Tahniah Along~

Mak su nak ucapkan tahniah untuk along(Muhammad Luqmanul Hakim)sebab along dapat 9A dlm Penilai Menengah Rendah (PMR)..Dengar suara Along pg tadi, cam berdebar2 jer....

Su :"along dapat berape"
Along :"su rasa berape??"
Su :9A
Along : 9A lah....(nada selamber)
Su : Betol ker???
Along :Betol lah....
Su : Tahniah!!!!

Emmmmmmm...berdebar rasanya,dengar dapat 9A..hehehhe..mak su dapat 2A jer PMR dulu...tak pandai sgt..hehehehhe..ape2 pun tahniah utk along...td nampak ummi along nangis...su pon rasa nak ngs...tok ki pn nangis td...tp die kesat cepat2..hehehehhe....Pasni along blh la mintak adiah ngan tok ki, abah, ummi, mak long, ayah da, ayah cik n teh...ngan su takyah lg la, su tak koje ag...hehheheheh...Ape2 pun su nak ucapkan tahniah utk along....Along pembakar semangat adik2 semua....Semoga perjalanan lepas ni lebih cemerlang..AMIN:)

Monday, December 20, 2010

Posting??????

Dah sebulan lebih duk kat umah ni....Rutin harian yg sama saje aku buat kat umah ni...huhuhu..Bukan tak seronok bercuti kat umah ni...tp, yg tak bestnyer menunggu posting.....Bila agaknye keputusan posting kami???keluaran pertama IPG.....Emmmmmmm, macam2 khabar angin dah masuk kat telinga ni...Tp macam biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri...hurmmmmmmm...Bila keputusan betul posting ni...Takot sgt..dapat tak trganu???org kata Trgnu susah nak masuk...huhuhu..Redha je la dapat mana2....Bak kata org hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...Manalah tahu kalo dapat posting kat negeri lain, banyak la pengalaman dan ramailah org yg aku akan jumpa..takdelah kenal org negeri sendiri je...

Bukan tak nak ke negeri orang, tp masa belajar 5 tahun setengah dah pegi negeri org....kalau boleh nak posting nak dekat dihati keluarga...Senang nak jenguk ayah gan kak long...Tp kalo dah ditakdirkan kena posting kat negeri lain pon aku tak kesah....Sebenarnya, dalam di sudut hati ni, nak sgt pijak negeri lain juga.....aku ni sebenarnya kaki jalan..huhuhu...dari kecik lagi suka jalan....huhu...buktinya..heheheh..tahi lalatku di kaki...kata org tua2, kalo ada tahi lalat di kaki, maknanya kuat berjalan....Tp itu mmg hakikatnya....Alhamdulillah, setakat ni aku dah berkesempatan pijak semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak....Bukan niat di hati nak posting kat Sabah, sarawak, cuma negeri itu shj belum pernah jejak...huhuhu..Alahai, aku ni cakap lebih...Tp negeri sendiri pn belum semua aku pergi...Setakat ni, aku rasa, last aku pijak Kuala Terengganu, masa aku umur 11 tahun. emmmmm, mas tu, tak silap aku waktu lawatan sambil belajar.huhuhu...Keciannya aku ni ka..Nama je tinggal kat TERENGGANU...tp masih lagi ketinggalan zaman....

Berbalik pada cerita posting ni....Aku hanya mampu berdoa dan berserah shj kpd Allah, semoga segalanya berjalan dgn lancar..Agar posting kami dipercepatkan bukan DITANGGUHKAN!!!!!!...Sekiranya ditangguhkan, maksudnya, aku kene cari keje partime ler.....huhuhuhuhu.....................

Wednesday, December 8, 2010

~Salam blog~

Assalamualaikum semua!emmmmmm, dah lame tak menulis ni....hari ni muncul mood utk menulis...banyak perkara yg sudah berlaku dan berlalu sepanjang aku tak menjenguk blog ni....sgt banyak kenangan manis dan pahit yg dah aku lalui sepanjang tahun ni....tup2 dah nak akhir tahun...penghujung 2010 makin hampir....

tut2 aku pun dah habis belajar...5 tahun setengah banyak mmberi aku pengalamn yg berharga di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka....Dan yg paling penting sekarang ni aku tgh menunggu panggilan posting.....Agak2 kat mane ye aku akan dipostingkan?????????????Mintak Terengganu, tp tak tahu la kat mane aku akn dicampakkan....Harap2 semuanya OK........

Kesedihan dan kegembiraan banyak sgt yg berlaku...kalau nak dihuraikan satu2 tak bergerak la jari ni nak menaip....tp ia banyak memberi kesan kat dalam hidup aku....

emmmmmmmmmmmmm....oklah cerita ni akan disambung lagi.......salam...

Sunday, May 16, 2010

~Guru oh guru~

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979