Monday, December 27, 2010

~Semuanya sama sahaja~

Selamat malam semua.....emmmmmm, dah ngantuk, tp hati ni rasa cam tak sedap hati dan rasa macam sedikit kecewa!...emmmmmm, tak tahu lah macam mana nak mulakan...Yg pasti, aku rasa semuanya sama...Semuanya sama?????Apa yg dikatan semuanya sama....Tak apalah, biaralah ia menjadi rahsia diri sebelum ia diungkai satu persatu....Emmmmm, banyak betul rahsia....huhuhu..
Tetapi, adakah semuanya sama sahaja????Penat dah dgn semua ni, kan bagus jika semua ni betul2...Dan apa yg diangan2kan akan betul2 berlaku...Adakah ia hanya mainan kata2???? Susah betul nak dijelaskan....Yg pasti aku seakan dapat merasakan semuanya hanya bersifat sementara, sebab tu la aku tak beriya sgt..Tp cuba utk beriya, spy ia takkan berulang kembali kpd cerita zaman dahulu...hurrrmmmmmm....Cerita zaman dahulu kala, zaman pak kaduk dgn si kancil yg sgt pintar...huhuhu....Semoga semuanya tidak benar..Hanya mainan di kotak fikiran....Harapan seribu kali harapan!Kenapa, mengapa dan bagaimana????Susah betol.....

Thursday, December 23, 2010

~Tahniah Along~

Mak su nak ucapkan tahniah untuk along(Muhammad Luqmanul Hakim)sebab along dapat 9A dlm Penilai Menengah Rendah (PMR)..Dengar suara Along pg tadi, cam berdebar2 jer....

Su :"along dapat berape"
Along :"su rasa berape??"
Su :9A
Along : 9A lah....(nada selamber)
Su : Betol ker???
Along :Betol lah....
Su : Tahniah!!!!

Emmmmmmm...berdebar rasanya,dengar dapat 9A..hehehhe..mak su dapat 2A jer PMR dulu...tak pandai sgt..hehehehhe..ape2 pun tahniah utk along...td nampak ummi along nangis...su pon rasa nak ngs...tok ki pn nangis td...tp die kesat cepat2..hehehehhe....Pasni along blh la mintak adiah ngan tok ki, abah, ummi, mak long, ayah da, ayah cik n teh...ngan su takyah lg la, su tak koje ag...hehheheheh...Ape2 pun su nak ucapkan tahniah utk along....Along pembakar semangat adik2 semua....Semoga perjalanan lepas ni lebih cemerlang..AMIN:)

Monday, December 20, 2010

Posting??????

Dah sebulan lebih duk kat umah ni....Rutin harian yg sama saje aku buat kat umah ni...huhuhu..Bukan tak seronok bercuti kat umah ni...tp, yg tak bestnyer menunggu posting.....Bila agaknye keputusan posting kami???keluaran pertama IPG.....Emmmmmmm, macam2 khabar angin dah masuk kat telinga ni...Tp macam biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri...hurmmmmmmm...Bila keputusan betul posting ni...Takot sgt..dapat tak trganu???org kata Trgnu susah nak masuk...huhuhu..Redha je la dapat mana2....Bak kata org hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...Manalah tahu kalo dapat posting kat negeri lain, banyak la pengalaman dan ramailah org yg aku akan jumpa..takdelah kenal org negeri sendiri je...

Bukan tak nak ke negeri orang, tp masa belajar 5 tahun setengah dah pegi negeri org....kalau boleh nak posting nak dekat dihati keluarga...Senang nak jenguk ayah gan kak long...Tp kalo dah ditakdirkan kena posting kat negeri lain pon aku tak kesah....Sebenarnya, dalam di sudut hati ni, nak sgt pijak negeri lain juga.....aku ni sebenarnya kaki jalan..huhuhu...dari kecik lagi suka jalan....huhu...buktinya..heheheh..tahi lalatku di kaki...kata org tua2, kalo ada tahi lalat di kaki, maknanya kuat berjalan....Tp itu mmg hakikatnya....Alhamdulillah, setakat ni aku dah berkesempatan pijak semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak....Bukan niat di hati nak posting kat Sabah, sarawak, cuma negeri itu shj belum pernah jejak...huhuhu..Alahai, aku ni cakap lebih...Tp negeri sendiri pn belum semua aku pergi...Setakat ni, aku rasa, last aku pijak Kuala Terengganu, masa aku umur 11 tahun. emmmmm, mas tu, tak silap aku waktu lawatan sambil belajar.huhuhu...Keciannya aku ni ka..Nama je tinggal kat TERENGGANU...tp masih lagi ketinggalan zaman....

Berbalik pada cerita posting ni....Aku hanya mampu berdoa dan berserah shj kpd Allah, semoga segalanya berjalan dgn lancar..Agar posting kami dipercepatkan bukan DITANGGUHKAN!!!!!!...Sekiranya ditangguhkan, maksudnya, aku kene cari keje partime ler.....huhuhuhuhu.....................

Wednesday, December 8, 2010

~Salam blog~

Assalamualaikum semua!emmmmmm, dah lame tak menulis ni....hari ni muncul mood utk menulis...banyak perkara yg sudah berlaku dan berlalu sepanjang aku tak menjenguk blog ni....sgt banyak kenangan manis dan pahit yg dah aku lalui sepanjang tahun ni....tup2 dah nak akhir tahun...penghujung 2010 makin hampir....

tut2 aku pun dah habis belajar...5 tahun setengah banyak mmberi aku pengalamn yg berharga di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka....Dan yg paling penting sekarang ni aku tgh menunggu panggilan posting.....Agak2 kat mane ye aku akan dipostingkan?????????????Mintak Terengganu, tp tak tahu la kat mane aku akn dicampakkan....Harap2 semuanya OK........

Kesedihan dan kegembiraan banyak sgt yg berlaku...kalau nak dihuraikan satu2 tak bergerak la jari ni nak menaip....tp ia banyak memberi kesan kat dalam hidup aku....

emmmmmmmmmmmmm....oklah cerita ni akan disambung lagi.......salam...

Sunday, May 16, 2010

~Guru oh guru~

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

~Selamat Hari Guru~

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru2 di Malaysia yg pernah, sedang dan bakal menjadi guru~Ungkapan terima kasih cikgu, seringkali kedengaran dari anak didik tercinta...Untuk ayah tercinta, Jusoh b, Taib, terima kasih krn pernah mendidikku di Sekolah Agama Rakyat, ilmu yg ayah berikan amat berguna utk adik sekarang...Utk kak long, Fadzilah Bt Jusoh, terima kasih kerana telah mencurahkan segala ilmu Al-Quran kpdku...Sehingga kini ilmu itu dapat kuabdikan utk sepanjang hayatku....Untuk kak Teh (Fatimah Jusoh) dan abg kecik(Abdullah Jusoh) yg sedang bertugas di sekolah, harapnku semoga kalian menjadi pendidik yg cemerlang di mata anak didikmu..

Tema hari guru pada tahun ini ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...Bertuahlah insan yg bergelar guru...Tanpa guru tiadalah bijak pandai seperti sekarang...Bersyurlah aku, kerana cita2 yg aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan iaitu bergelar seorang guru..Aku hanya mampu berdoa agar aku dipanjangkan umur utk bergelar seorang guru suatu hari nanti.. Dengan berkat dan kesabaran semua guru2 yg telah memberikan aku ilmu sejak aku berumur 6 tahun sehinggalah sekarang akhirnya aku bakal mnjadi seorang guru.."Terima Kasih cikgu".

Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkanlah dunia dan akhirat semua guru2 yg telah mendidikku agar mereka semua menadapat rahmat drMu....Amin





Friday, May 14, 2010

Ingat wahai anak2 sekalian..

**sungguh azab ibu mengandung,
bulan berjalan hari di hitung,
ibu menyerah rugi dan untung,
kepada ALLAH tempat bergantung..

cukuplah bulan dengan harinya,
seorang puteri dilahirkan nya,
bidan menyambut dengan halus nya,
hampir si ibu, hilang nyawa nya..

pabila anak sudah berdikari,
ibu dibuat sebagai abdi,
kain dan baju disuruh cuci,
makan dan minum disuruh saji..

ibu yang malang berdukacita,
duduk berendam si air mata,
akhir nya ibu menutup mata,
atas perbuatan anak derhaka..**

Monday, May 10, 2010

~SELAMAT HARI IBU~

~SELAMAT HARI IBU~Utk semua kaum ibu di seluruh dunia.....Utk Kak teh, Kak dah kak nani dan kak eda, tahniah, anda adalah ibu yg terbaik utk anak2 anda...Semoga pengorbanan kalian akan diberkati Allah...Utk arwah ibuku Selamah Binti Hassan, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yg beriman dan beramal soleh.....Terima kasih kerana melahirkan adik.....Segala penat lelahmu akan ku ingat sepanjang hayatku....Al-fatihah...


Mak..itu lah panggilan utk arwah ibu tersayang..Aku hidup bersamanya selama 21 tahun...21 tahun kasih sayang yg diberikan amat bernilai dan ianya tidak dapat dibayar dgn wang ringgit..Penat lelah emak menjaga aku tidak pernah diucapkan. Keikhlasan emak menjaga dan membesarkan aku sehingga aku membesar dgn sempurna...Alhamdulillah, kini aku hampir berjaya bergelar seorang guru..Doa dr emak sentiasa mengiringi pengajianku disini..Kini emak sudah tiada disisi... Hanya semangat dan pesanan dr emak yg mengiringi diriku utk berjaya di masa akan datang....Walaupun emak sudah tidak dapat kudakap, hanya bayang2 emak sentiasa kuiimpikan...Setiap kali memejam mata aku mengharapkan pelukan dr seorang ibu...Emak, itulah ungkapan setiapkali aku merinduinya.....Walaupun Sambutan hari ibu kali ini, tiada emak di sisi, aku masih boleh menyambutnya dgn menghadiahkan emak sekuntum wangian ros berpenakan ayat2 suci al-quran....Wangian ros ini ikhlas dr anankmu yg amat merindui dirimu...Semoga wangian ini akan diterima di alam sana... Terima kasih ibu, kerana melahirkan aku dan membesarkanku sehingga aku mnjadi insan seperti sekarang...Harapan dan doaku agar aku dipertemukan dgan ibuku yg tiada gantinya....Amin...


Dedikasi ini ku tujukan kepada arwah ibu tersayang"SELAMAH BINTI HASSAN"..Semoga rohnya sentiasa dirahmati dan berada bersama2 golongan yg beriman...Amin...Al-fatihah....

Monday, May 3, 2010

~Segala kenangan itu~

Segala kenangan itu tak perlu aku ingat dan ugkit lg....Amat menyakitkan...arrrrrrrggg..barah di hati...Amat menyakitkan..hanya satu ungakapan....Sakit....Segala yg telah terjadi ibarat satu petanda yg harus aku renungkan kembali....Kenapa ia berlaku???Sekiranya segala kenangan itu masih terpahat di hati, buanglah ia supaya ia tdk mnjadi luka yg makin dalam dan ia akan berakhir dgn kekecewaan...Kenapa datang kembali????Sekian lama menghilang diri, tiba2 dtg dgn penuh harapan..harapan tinggal harapan....Segalanya sudah terbukti...Kenangan itu tidak perlu untuk diimpikan kembali seperti dulu..kenangan adalah kenangan...Untuk dijadikan sebuah impian amat sukar diperbaiki....Segala kenangan harus dikuburkan disini....Tiada lg kata manis yg perlu diungkapkan..kerana itu hanya menyakitkan...

.

Saturday, May 1, 2010

~Melepaskan penat selama 3 bulan praktikal~

Praktikal sudah berakhir..banyak ilmu da pengalaman yg telah aku kutip untuk diaplikasikan di sekolah kelak...Sedih juga meninggalkan murid kesayangan..Doaku semoga anak muridku berjaya di masa akan datang.

Planning utk ke rumah abang kecik, selepas hbz praktikal akhirnya terlaksana....Jam 5 ptg menaiki bas Tranasional bersama Wana ke KL....Jam 7 samapi di perhentian Bukit Jalil..uishhhhh jem!!!!! Abg kecik datang jemput aku pada jam 8.30 mlm...Sempat kami berbual2 berkaitan..........................(soal kehidupan masa akan datang)huhuhu...............Sampi je di rumah..emmmmm jumpa Ain..Rindu Ain.Ain da nampak debab..(gemuk)Jagan marah ye Ain..Mak su ada belikan Ain kek dan hadiah...Seronok betul ain..

Pg2 lg abang besar dan K.eda datang bersama Adam...Bawa haikal..Singgah sebentar untuk mandi kolam..wewwewewewe..Sangat teruja....Samapi di kolam renang ada guard menegur kami supaya memakai pakaian renang...hampeh....huhuhu...Takkan aku nak pakaian renag kit...kuikuikui....Last2 kami melanggar je arahan itu...huhu...Berenag dgn sesuka hati..Hanya aku, abg kecik dan abg besar yg berenag..kikikiki...Ain berenag di kolam kanak-kanak....aku pun sempat berenag di kolam kanak2...Walaupun tak berapa nak pndai berenag hentam saja..Asal dapat melepaskan penat di kepala ni.....Tenangkan fikiran dan perasaan... Seronoknya.....Terima kasih abang2 ku......Seronok dan sporting....Besh la ade abang mcam korang.....Love u alll!!!!

Saturday, April 24, 2010

~Tat telur yg kuidamkan~

Nyumiiiii..sedap betul tat telur..kan best kalau pandai buat sendiri save sket bajet...sebenarnya aku teringin sgt nak mkn tat telur ni akibat mimpi ptg semalm..tu la sape suruh tdo ptg2..Ish2....Mimpi pon bukan2....Bangun je tdo terasa nak mkn tat...Hari ni dapat la aku beli 2 keping tat telur yg enak...Sebelum dapat tat ni..punyer la berebut dgn Adda..huhu..nasib baik dpt 2 keping..hehhehehe...Harga tat ni murah je...RM 0.90 sekeping..Tp kecian Elin, tak sempat nak beli da hb cz aku gan Adda masin2 ambik 2..Jd Elin dgn rela hati membeli tat almond..huhuhu

Tat yg sedap


Hanya RM 0.90



2 untuk yati 2 untuk Adda dan 1 utk Elin

~Adda cepat mkn~


~tgok jer ke~nyumiiiii~

Friday, April 23, 2010

~LAWATAN KE TAMAN BUAYA MELAKA~

~Satu lawatan ke Taman Buaya telah diadakan pada 21 April 2010(Rabu)..Seronok betul tengok kanak-kanak Prasekolah ni samapai kat sini...Sampai jer, kanak-kanak dibenarkan mandi....Banyak juga aktiviti yg kami lakukan di sini..antaranya adalah, mandi kolam,sambutan hari lahir, pertandingan antara kumpulan murid dan pertandingan anak dan ibu apa...Selepas semuanya selesai barulah kami melawat buaya2 yg ada...


Sampai di Taman Buaya Melaka

Seronok betul mereka

cekgu pon nak bergambar
Sang buaya mencari mangsa





Tuesday, April 13, 2010

~alhamdulillah~Syukur segalanya dipermudahkan~

Ku panjatkan syukur keatas pencipta alam yg maha mengetahui lagi maha menyayangi....Terima kasih ya Allah...Aku sangat2 bersyukur dgn apa yg berlaku dalam minggu ni...pertama aku bersyukur sgt cz laptop yg rosak dh dapat dibaiki..Lcd da rosak..Laptop tu da hampir 4 tahun....aku redha je la bnda nak rosak....keduanya handphone aku yg skrinnya retak dah ok da..ptg tadi ambik kat kedai...da boley guna da...Dan yg palin aku bersyukur sekali sijil SPM yg aku risau2kan sgat... Baru ni aku ingat sijil tu ad akt rumah cz nak isi borang posting kene kepilkan sekali sijil SPM...Bila call kak Teh, dia ckp sijil tu takde..Ya Allah macam mana ni..Nak sedapkan hati aku fikir positif mungkin aku tak ambil lagi kat sekolah....huhuhu...Aku pun dgn gaya yg tergopoh gapah menelefon Asma kesyganku, harap2 dia dapat tolong aku g Al-Fallah tanyakan kat pejabat kot2 ade sijil aku...Tp aku tukar plan, aku dgn selambe msg cekgu Ya, huhuhu...minta tolong cg tanyakan kat pejabat kot2 aku tak ambil lg...Esoknya Cg Ya msg, (Rekod sijil SPM telah diambil pada 26.11.2006)..huhu..Rupanya da lama aku ambil...Jadi dimana sijil SPM aku???Aku call Kak Teh tanye dia , dia ckp tak ada..Siap aku kene marah lagi..huhu...Da la tgh serabut....kesian betol..Hari ni, aku dgan muka yg tenteram datang ke Maktab isi borang posting tanpa sijil SPM...Ingatkan Khamis ni nak join kak Awen ke KL ambil sijil SPM di Lembaga Peperiksaan...Aku call kak Teh sekali lg, dgn harapan kak Teh dapat cari sijil tu dgn lebih teliti...Tp aku kena marah lagi...huhuhu..sedih, dgn nada yg agak tinggi aku ckp, "kak Teh da la marah"....cuba cari betul2 dulu"...Aku plak yg mgajar kak Teh...Da letak telefon rasa jga bersalah ckp kat kakak mcm tu...Tibe2 kak Teh call, "Yati da jumpa sijil tu" Alhamdulillah....itu saja yg mampu aku ungkapkan..Syukur Ya Tuhan...Rupanya sijil tu terselit dalam fail...Cuma kak Teh tak perasan....Aku pun minta maaf dr kak Teh cz da terkasar dgn dia td...Nak pujuk kak Teh, aku tyalah kot2 kak Teh nak kirim ape2 dr Melaka...Minggu ni kan balik...heehhehe...Alhamdulillah..Terima kasih Kak Teh..Adik sayang kak Teh...mmmmmuuuah...LOVE U SO MUCH..

Sunday, April 11, 2010

~guru~



~Guru yang biasa memberitahu~
~Guru yang baik memberi penjelasan~
~Guru yang bagus memberi tunjuk ajar~
~Guru yang terbaik memberi inspirasi~






Saturday, April 10, 2010

~Sudah jatuh ditimpa tangga~

Pg2 lg, selesai sarapan pagi, aku terus mendekati dirinya....Keakraban aku dan dia ibarat isi dgn kuku....Sudah hampir 4 tahun aku dan dia bersama....Walaupun selama ini, masalah yg kadangkala muncul antara kami, ia tetap dapat diselesaikan..Tetapi hari ini sesuatu yg tidak diingini telah berlaku antara kami.....aku mendekatinya, cuba untuk menegurnya, tetapi masih tidak terjawab....arggggghhhh..kenapa ni???Apa masalah yg dihadapinya....Cuba ceritakan supaya aku dapat memahami apa masalah yg dihadapinya.....Berulang kali aku cuba untuk mendekatinya, tetapi tiada tanda respon yg baik drnya...aku biarkan dia bersendirian supaya dia dapat mengambil masa untuk menceritakan segalanya kepadaku....aku tinggalkan dirinya keseorangan ketika aku mkn tengahari bersama rakanku yg lain....Mungkin dia perlukan masa yg agak lama untuk menenangkan hatinya....Balik dr mkn tengahari, aku cuba untuk menegurnya buat kali yg terakhir, manalah tahu, kebaranagkalian yg akan membuatkan aku tersenyum......Arggggggh.....Sama sekali tidak...Dia tetap membatukan diri...Air mataku hampir menitis.....Kenapa semuanya terjadi kepada diriku????Mana mungkin aku dapat mencari ganti....Redha dan tawakal shj....

emmmmmm laptopku da rosak!!!!!!Tekan banyak kali pun da tak berhasil...Jawabnya, hantar kedai la....Berkemungkinan kabel rosak...Yg paling memeritkan kalau skrin yg rosak...Alahai duit lagi....Sudah jatuh ditimpa tangga~Baru shj beberapa hari lepas ,skrin handphone retak....Hari ni laptop aku pula buat hal.....Ujian demi ujian aku lalui..Aku terima dgn redha..Ingat..setiap yg berlaku ada hikmahnya....Semoga laptopku dapat dibaiki dgn baik...Laptop ni tiada gantinya...Ia pemberian arwah ibu tercinta...Tiada gantinya....:(

~Kesempitan yg kurasai~

~Sempit~ Terasa sempit ruang pernafasanku mlm ni~uhhhhhhhh..mengeluh........bukan dapat menyelesaikan segala kesempitan yg aku rasai!!!!!!Sebak??????Mungkin....Ini lah perasaan yg paling aku elakkan....Jgan......Jgan biarkan air mata yg berharga ini jatuh membasahi pipiku..... Sabar, semua ini hanya seketika...Hanya permainan dunia.........Ingat, yg terbaik itu dtg dr Allah s.w.t......Ingat janji tuhan....Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya....Lupakan semua yg membuatkan hatimu terluka..Bangkit!!!!!!Ingat apa matlamat yg ada dihadapan sana.....Kejayaan menantimu selangkah demi selangkah...Ingat segala dorongan dr keluarga.....Kejayaan pasti akan aku capai jua.....Ya Allah ya tuhanku permudahkan segalanya...Amin~

Tuesday, April 6, 2010

~cerita si penunggu kebahagiaan~

Emmmmm..ptg2 ni biasanya megantuk, tp ptg ni sekadar tidur untuk setengah jam da cukup melegakan penat pulang dr sekolah....Da lama tak mengarang cerita perihal hidup..Hari ni rase juga jari jemari ni nak melayan perasaan tuannya...Sebenarnya dah lama perasaan yang tak berapa enak singgah dalam diri ni..Tp tak ada perasaan nak meluahkan kat blog ni...Tp hari ini, jari ni nak pula menulis sesuatu yg mungkin dapat dijadikan satu cerita....Tajuk yg diberi pada ptg ini adalah"Si penunggu kebahagiaan"..Emmmm tibe2 je nak cerita pasal kebahagiaan....Tak bahagia ke selama ni aku????Ish2....mestilah bahagia bersama keluarga tersayang...Sebenarnya rindu sgat kat keluarga kat Neram...Tp simpan je...Ingat ayah, kak long, kak teh,abg besar,abg kecik dan kak dah....yg paling rindu anak buah yg comel2...da besar da anak buah...Tunggu mak su balik ye syg!!!...

Tp cerita "si penunggu kebahagian" boleh dikatakan nak ditujukan kepada diri sendiri yang masih keliru dgn apa yang ada disekeliling....emmmm..mcm mana nak mulakan ye.....bab kata orang senyap lebih baik dr segala2nya...kalau kita bercakap lebih nanti kita y
g salah...betul kan????Macam mana agaknya kebahagian masa akan datang????harap2 segala yg telah ditentukan oleh Allah S.W.T adalah yg terbaik untuk diri ini....


Tp macam mana kalau kita melawan arus apa yg telah ditentukan oleh Allah??Susah juga ya...Tetapi kena ingat, apa yg telah ditetapkan oleh A
llah adalah yg terbaik untuk diri kita....Ape2 pun apa yg aku lakukan skrg ini adalah sesuatu yg menyenangkan hati dan tidak menyakitkan hati.....Kita berfikir menggunakan akal yg waras, haruskah kita rela disakiti????dan haruskan kita menyakiti diri kita sendiri....Sekarang aku belajar untuk menghargai diri sendiri walaupun ada yg tak pernah nak menghargai diri ini.....Ape2 pn sayang diri sendiri dahulu supaya kebahagian diri dapat diutamakan...Insyaallah kebahagiaan itu akan datang suatu hari nanti tanpa dipaksa....Masa depan yg bakal datang tak perlulah disia2kan....Takut juga apa yg dilakukan tersalah langkah....Hanya KepadaNya aku berserah supaya apa yg bakal berlaku adalah sesuatu yg MEMBAHAGIAKAN:)



Sunday, April 4, 2010

~Baik-baik syg~

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

Tuesday, March 2, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Alai telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Segala persipan awal telah diadakan. Bagi guru-guru pelatih, ini adalah satu pengalaman yang cukup berharga untuk kami. Begutu juga dgn sy. Sy berkesempatan untuk membantu menyediakan bunga telur untuk diagihkan kepada sebilangan penduduk kampung semasa perarakkan dijalankan.


Menyediakan bunga telur


Pada pagi sambutan ini, terdengarnya alunan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, tersentuh hati sy betap syahdu selawat yang dialunkan. Ia memberi seribu satu penginsafan betapa kerdilnya sy sebagai seorang hamba di muka bumi ini.
Perararakn dimulakan, selawat keatas Nabi dilaunkan beramai-ramai mengelilingi Kampung Alai. Suasana yang damai membuatkan hati tersentuh. Walaupun perjalanan agak memenatkan, tetapi ia satu pengalaman yg berharga yg tak dapat dilupakan.
Dalam mengawal murid-murid Prasekolah, ia juga satu cabaran kepada sy, dimana kelihatan murid yg agak keletihan. Semangat diberikan agar mereka memahami apa itu sambutan "Maulidur Rasul".....

sebelum perarakkan

Semasa perarakkan

~karya di satu petang~

~Cinta kpd Allah, Cinta yang kekal abadi~
Dekatkan dirimu kpd Allah
Kuatkan imanmu dgn zikrullah
Bersihkan jiwamu dgn alunan astagfirullah
Perluaskan pemandanganmu dgn subhanallah
Jiwa yg bersih dapat melahirkan hati yg tenang

~Ya Allah, Ya Tuhanku....Permudahkan segala urusanku di dunia dan juga akhirat...
Jika aku ditakdirkan untuk hidup hidup lebih lama....Kau kuatkan aku...Kau tabahkan hatiku...Kau kuatkan imanku....
Jika hidupku hanya seketika dan tidak panjang, Kau tingkatkan amalanku supaya aku pergi dengan tenang berbekalkan amalan...

Ya Tuhanku kaukukuhkan imanku...
Tunjukkan aku kebenaran...
Perluaskan pemandanganku...supaya aku dapat melihat segala kebenaran yg tersembunyi....
Aku berserah kepada diriMu....
Hanya kpdMu tempatku mengadu...
Titisan air mata menginsafkanku....
Betapa perlunya dirimu berada disisiku...

Ya Tuhanku, Kau pemilik alam semesta...
Jauhkan aku dr sifat-sifat nista..
Jauhkan aku dr segala malapetaka...
Jauhkan aku dr kebencian manusia.....
Permudahkan segala urusanku.....
Permudahkan segala perjalannan hidupku..........


Luahan dr Insan kerdil........(Isnin 3.30 ptg...Pangsapuri Sri Siantan)

~i hate this feeling~

why this feeling keep alive inside? srrounding me.. no matter what i do, where i go... while it just me who feel it. Maybe theres somethng hidden.... somethng i dont know or which a thing that he dont allow me to know... is it my fault?..... dont want same mistke ruin my life AGAIN.... Enough with the chances i give~

Saturday, February 6, 2010

~Praktikum bermula~

Assalamulaikum cekgu!!!..Walaikumussalam....Hari2 yg dilalui seorang guru pelatih yg masuk kali ke-3 menjalani praktikum.....Sek.Keb. Alai, dipilih sebagai tempat untuk menguji sejauh mana pembelajaran di dalam kelas dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah....Emmmmm, tup2, da seminggu cg Yati berada di SK. Alai...Seronok kat sini...Budaya kampung yg diterapkan membuatkan cg yati selesa berada di sini...

HARI PERTAMA :

sangatlah kelam kabut....Jam dah dikunci..Tp lena sangat tdo, 6.3o baru terjaga...Alahai hari pertama buat hal....pin2, cg Linda da datang, cg.Yati baru nak buka mata nak kenakan "contac lense"...ishhh2, jap2..Memang tergopoh gapah...

kat Sekolah, Kasut baru ni buat hal, ade ke patut tak buang tanda harga,,,uihsss, malu....
Tp takde yg perasan kot....Berjalan macam diva....kasut tinggi sangat...tp tak selesa la...

Ptg...Cg yati dgn penuh semangat datang untuk Persatuan Bahasa Melayu....Tp ahlinya hanya lebih kurang 10 orang......

Untuk permainan pula, Cg yati pilih olahraga.....Menyesal pula tak pilih bola tampar, seronok kalau dapat serve bola tu.......

Hari pertama yg melucukan...

Sunday, January 31, 2010

~Sambutan Jubli Intan....75 Tahun IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka~

Sempena dengan sambutan Jubli Intan yang ke-75 IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, saya berkesempatan untuk bersama-sama warga IPGM KPM untuk meraikan sambutan ini. Tepat jam 10 pagi, bertempat di Dewan Sri Kandi, saya bersama rakan-rakan telah menghadiri satu Majlis Alumni bual bicara bersama tokoh-tokoh lepasan Maktab Perguruan ini yang dahulunya dikenali sebagai "Malay Women Training College". Bual bicara ini telah dikendalikan oleh 3 orang kuat Persatuan Lepasan Maktab Perguruan ini. Antaranya adalah, Pn. Hjh. Aida, Datin Rohani, Pn. Hjh. Zabariah..Bual bicara ini banyak menceritakan pengalaman-pengalaman berharga mereka ketika berada di maktab perguruan ini. Banyak pengorbanan dan perubahan yang telah dilakukan oleh mereka...~Nak hidup senang susah, nak hidup susah senang~ kata-kata dari salah seorang tokoh pada hari ini.~.Jadilah seorang pendidik bukan seorang guru~Banyak nasihat yang telah diberikan dan ia amat brerguna untuk membakar semangat saya yang bakal bergelar seorang guru tidak lama lagi...~ Guru kini dan selamanya~





Sambutan di sebelah petang sempena pelancaran Majalah Introspeksi II :




Saturday, January 23, 2010

~kenapa semuanya berlaku kepada diri ini~

Ya Tuhan.........Tidak ada sesiapa yg mampu memahami diri ini...Ya Tuhan bantu diri ini untuk bangun dr semua yg berlaku... Ya Tuhan kenapa hebat sekali ujian yang aku lalui......Ku akui segala kelemahan diri.....Hati hiba dengan semua yang berlaku.....orang sekeliling tak mampu untuk memahami malahan akan menyalahkan aku andai aku meluahkannya.....Kenapa sesuatu yang kecil ini membuatkan hati aku sangat hiba pada mlm ini.....Ya Tuhan aku berharap ada yang memahami.....Tapi mampukah mereka mendengar......Ku akui kelemahan ini seringkali membuatkan aku terlalu jahil dalam berfikir........
Kenapa, kenapa perkara sama yang menghantui aku......Ya Tuhan, bantu hambamu ini.....

Sunday, January 17, 2010

Kelahiran

Tepat jam 6.53 petang bertarikh 16 Januari 2010, seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohammad Adam Haikal dilahirkan dalam keadaan sihat.....Hatiku mulai sayu mengingatkan abg Mat dan kak Eda....Penantian mereka berakhir selama lebih kurang 6 tahun..Ya Tuhan, kubersyukur padamu, dengan rezeki yang telah kau limpahkan....Penantian ini amat bermakna.....Adam pembawa seri di dalam rumah tangga kak Eda dan abg Mat.....Aku memanjatkan syukur dan berdoa agar Adam Haikal akan menambahkan lagi seri dan kecerian di dalm rumah tangga abg Mat dan kak Eda...Amin....................

Mohammad Adam Haikal Bin Mohammad

~Carian Ilmu~

Mencari ilmu biarlah sampai ke Negeri Cina......Itulah sebuah pepatah......Sabtu lepas saya bersama Wana, elin dan Farah berkesempatan ke Perpustakaan Negara..Banyak juga bahan berkaitan dgn tajuk tesis sy....Tetapi maklumat yang berkaitan doa sukar untuk sy dapatkan....Sambil membelek-belek buku, tiba-tiba ilham menjelma....huhu...Alhamdulillah, sy dapat satu idea dan idea itu telah membuatkan saya menukar tajuk tesis sy kepada"Penggunaan multimedia untuk melancarkan hafalan kanak-kanak Prasekolah dalam matapelajaran Pendidikan Islam...Mungkin dengan menukarkan bacaan doa kepada matapelajaran Pendidikan Islam ia akan memudahkan sy untuk mencari bahan-bahan yg berkaitan....Tetapi tajuk ini perlu dibincangkan dahulu bersama Dr. Kumar.....Semasa di Perpustakaan Negara ini, sy lihat ramai pelajar Institut Perguruan yg sibuk mencari bahan untuk tesis kali ini....Seronok juga tengok gelagat bakal-bakal guru dr pelbagai Institut Perguruan.....Harap-harap semuanya dapat menghasilkan tesis yang baik..........

Friday, January 15, 2010

Tesis oh tesis.............

Masuk je semester ini, saya dan rakan-rakan sibuk dengan kerja MQA dan kerja baru iaitu carian bahan untuk tesis kami..kami wajib menghasilkan satu tesis (kajian tindakan) untuk dihantar pada semester depan.....Masa tu memang panjang lagi, tetapi jika tidak dihiraukan sekarang mungkin ia akan dihasilkan secara tidak sempurna....tetapi pada semester ini kami bernasib baik kerana Dr. Kumar selaku pensyarah untuk matapelajaran Penyelidikan banyak membantu kamai bagi mencari tajuk-tajuk yang bersesuaian untuk tesis yang bakal dihasilkan...bagi saya tajuk yang dikongsi rakan saya iaitu sani dr UM amat menarik minat saya iaitu "penggunaan multimedia dalam bacaan doa harian kanak-kanak...."tetapi tajuk ini perlu ditambah. Menurut Dr. Kumar, tajuk yang telah saya sediakan ini, mungkin ada tindakan tetapi permasalahan atau isu tidak kelihatan.. saya telah menukarkan sedikit tajuk saya kepada " Penggunaan Multimedia untuk melancarkan bacaan doa harian kanak-kanak prasekolah.....Alhamdulillah tajuk ini diterima....saya berharap dengan tajuk ini, saya dapat menghasilkan satu kajian tindakan yang baik untuk dihantar pada semester depan.....

Saturday, January 9, 2010

Cinta Terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan....

Taubat Seorang Hamba

Album :

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...