Sunday, May 16, 2010

~Guru oh guru~

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

~Selamat Hari Guru~

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru2 di Malaysia yg pernah, sedang dan bakal menjadi guru~Ungkapan terima kasih cikgu, seringkali kedengaran dari anak didik tercinta...Untuk ayah tercinta, Jusoh b, Taib, terima kasih krn pernah mendidikku di Sekolah Agama Rakyat, ilmu yg ayah berikan amat berguna utk adik sekarang...Utk kak long, Fadzilah Bt Jusoh, terima kasih kerana telah mencurahkan segala ilmu Al-Quran kpdku...Sehingga kini ilmu itu dapat kuabdikan utk sepanjang hayatku....Untuk kak Teh (Fatimah Jusoh) dan abg kecik(Abdullah Jusoh) yg sedang bertugas di sekolah, harapnku semoga kalian menjadi pendidik yg cemerlang di mata anak didikmu..

Tema hari guru pada tahun ini ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...Bertuahlah insan yg bergelar guru...Tanpa guru tiadalah bijak pandai seperti sekarang...Bersyurlah aku, kerana cita2 yg aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan iaitu bergelar seorang guru..Aku hanya mampu berdoa agar aku dipanjangkan umur utk bergelar seorang guru suatu hari nanti.. Dengan berkat dan kesabaran semua guru2 yg telah memberikan aku ilmu sejak aku berumur 6 tahun sehinggalah sekarang akhirnya aku bakal mnjadi seorang guru.."Terima Kasih cikgu".

Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkanlah dunia dan akhirat semua guru2 yg telah mendidikku agar mereka semua menadapat rahmat drMu....Amin





Friday, May 14, 2010

Ingat wahai anak2 sekalian..

**sungguh azab ibu mengandung,
bulan berjalan hari di hitung,
ibu menyerah rugi dan untung,
kepada ALLAH tempat bergantung..

cukuplah bulan dengan harinya,
seorang puteri dilahirkan nya,
bidan menyambut dengan halus nya,
hampir si ibu, hilang nyawa nya..

pabila anak sudah berdikari,
ibu dibuat sebagai abdi,
kain dan baju disuruh cuci,
makan dan minum disuruh saji..

ibu yang malang berdukacita,
duduk berendam si air mata,
akhir nya ibu menutup mata,
atas perbuatan anak derhaka..**

Monday, May 10, 2010

~SELAMAT HARI IBU~

~SELAMAT HARI IBU~Utk semua kaum ibu di seluruh dunia.....Utk Kak teh, Kak dah kak nani dan kak eda, tahniah, anda adalah ibu yg terbaik utk anak2 anda...Semoga pengorbanan kalian akan diberkati Allah...Utk arwah ibuku Selamah Binti Hassan, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yg beriman dan beramal soleh.....Terima kasih kerana melahirkan adik.....Segala penat lelahmu akan ku ingat sepanjang hayatku....Al-fatihah...


Mak..itu lah panggilan utk arwah ibu tersayang..Aku hidup bersamanya selama 21 tahun...21 tahun kasih sayang yg diberikan amat bernilai dan ianya tidak dapat dibayar dgn wang ringgit..Penat lelah emak menjaga aku tidak pernah diucapkan. Keikhlasan emak menjaga dan membesarkan aku sehingga aku membesar dgn sempurna...Alhamdulillah, kini aku hampir berjaya bergelar seorang guru..Doa dr emak sentiasa mengiringi pengajianku disini..Kini emak sudah tiada disisi... Hanya semangat dan pesanan dr emak yg mengiringi diriku utk berjaya di masa akan datang....Walaupun emak sudah tidak dapat kudakap, hanya bayang2 emak sentiasa kuiimpikan...Setiap kali memejam mata aku mengharapkan pelukan dr seorang ibu...Emak, itulah ungkapan setiapkali aku merinduinya.....Walaupun Sambutan hari ibu kali ini, tiada emak di sisi, aku masih boleh menyambutnya dgn menghadiahkan emak sekuntum wangian ros berpenakan ayat2 suci al-quran....Wangian ros ini ikhlas dr anankmu yg amat merindui dirimu...Semoga wangian ini akan diterima di alam sana... Terima kasih ibu, kerana melahirkan aku dan membesarkanku sehingga aku mnjadi insan seperti sekarang...Harapan dan doaku agar aku dipertemukan dgan ibuku yg tiada gantinya....Amin...


Dedikasi ini ku tujukan kepada arwah ibu tersayang"SELAMAH BINTI HASSAN"..Semoga rohnya sentiasa dirahmati dan berada bersama2 golongan yg beriman...Amin...Al-fatihah....

Monday, May 3, 2010

~Segala kenangan itu~

Segala kenangan itu tak perlu aku ingat dan ugkit lg....Amat menyakitkan...arrrrrrrggg..barah di hati...Amat menyakitkan..hanya satu ungakapan....Sakit....Segala yg telah terjadi ibarat satu petanda yg harus aku renungkan kembali....Kenapa ia berlaku???Sekiranya segala kenangan itu masih terpahat di hati, buanglah ia supaya ia tdk mnjadi luka yg makin dalam dan ia akan berakhir dgn kekecewaan...Kenapa datang kembali????Sekian lama menghilang diri, tiba2 dtg dgn penuh harapan..harapan tinggal harapan....Segalanya sudah terbukti...Kenangan itu tidak perlu untuk diimpikan kembali seperti dulu..kenangan adalah kenangan...Untuk dijadikan sebuah impian amat sukar diperbaiki....Segala kenangan harus dikuburkan disini....Tiada lg kata manis yg perlu diungkapkan..kerana itu hanya menyakitkan...

.

Saturday, May 1, 2010

~Melepaskan penat selama 3 bulan praktikal~

Praktikal sudah berakhir..banyak ilmu da pengalaman yg telah aku kutip untuk diaplikasikan di sekolah kelak...Sedih juga meninggalkan murid kesayangan..Doaku semoga anak muridku berjaya di masa akan datang.

Planning utk ke rumah abang kecik, selepas hbz praktikal akhirnya terlaksana....Jam 5 ptg menaiki bas Tranasional bersama Wana ke KL....Jam 7 samapi di perhentian Bukit Jalil..uishhhhh jem!!!!! Abg kecik datang jemput aku pada jam 8.30 mlm...Sempat kami berbual2 berkaitan..........................(soal kehidupan masa akan datang)huhuhu...............Sampi je di rumah..emmmmm jumpa Ain..Rindu Ain.Ain da nampak debab..(gemuk)Jagan marah ye Ain..Mak su ada belikan Ain kek dan hadiah...Seronok betul ain..

Pg2 lg abang besar dan K.eda datang bersama Adam...Bawa haikal..Singgah sebentar untuk mandi kolam..wewwewewewe..Sangat teruja....Samapi di kolam renang ada guard menegur kami supaya memakai pakaian renang...hampeh....huhuhu...Takkan aku nak pakaian renag kit...kuikuikui....Last2 kami melanggar je arahan itu...huhu...Berenag dgn sesuka hati..Hanya aku, abg kecik dan abg besar yg berenag..kikikiki...Ain berenag di kolam kanak-kanak....aku pun sempat berenag di kolam kanak2...Walaupun tak berapa nak pndai berenag hentam saja..Asal dapat melepaskan penat di kepala ni.....Tenangkan fikiran dan perasaan... Seronoknya.....Terima kasih abang2 ku......Seronok dan sporting....Besh la ade abang mcam korang.....Love u alll!!!!