Sunday, January 31, 2010

~Sambutan Jubli Intan....75 Tahun IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka~

Sempena dengan sambutan Jubli Intan yang ke-75 IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, saya berkesempatan untuk bersama-sama warga IPGM KPM untuk meraikan sambutan ini. Tepat jam 10 pagi, bertempat di Dewan Sri Kandi, saya bersama rakan-rakan telah menghadiri satu Majlis Alumni bual bicara bersama tokoh-tokoh lepasan Maktab Perguruan ini yang dahulunya dikenali sebagai "Malay Women Training College". Bual bicara ini telah dikendalikan oleh 3 orang kuat Persatuan Lepasan Maktab Perguruan ini. Antaranya adalah, Pn. Hjh. Aida, Datin Rohani, Pn. Hjh. Zabariah..Bual bicara ini banyak menceritakan pengalaman-pengalaman berharga mereka ketika berada di maktab perguruan ini. Banyak pengorbanan dan perubahan yang telah dilakukan oleh mereka...~Nak hidup senang susah, nak hidup susah senang~ kata-kata dari salah seorang tokoh pada hari ini.~.Jadilah seorang pendidik bukan seorang guru~Banyak nasihat yang telah diberikan dan ia amat brerguna untuk membakar semangat saya yang bakal bergelar seorang guru tidak lama lagi...~ Guru kini dan selamanya~





Sambutan di sebelah petang sempena pelancaran Majalah Introspeksi II :




Saturday, January 23, 2010

~kenapa semuanya berlaku kepada diri ini~

Ya Tuhan.........Tidak ada sesiapa yg mampu memahami diri ini...Ya Tuhan bantu diri ini untuk bangun dr semua yg berlaku... Ya Tuhan kenapa hebat sekali ujian yang aku lalui......Ku akui segala kelemahan diri.....Hati hiba dengan semua yang berlaku.....orang sekeliling tak mampu untuk memahami malahan akan menyalahkan aku andai aku meluahkannya.....Kenapa sesuatu yang kecil ini membuatkan hati aku sangat hiba pada mlm ini.....Ya Tuhan aku berharap ada yang memahami.....Tapi mampukah mereka mendengar......Ku akui kelemahan ini seringkali membuatkan aku terlalu jahil dalam berfikir........
Kenapa, kenapa perkara sama yang menghantui aku......Ya Tuhan, bantu hambamu ini.....

Sunday, January 17, 2010

Kelahiran

Tepat jam 6.53 petang bertarikh 16 Januari 2010, seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohammad Adam Haikal dilahirkan dalam keadaan sihat.....Hatiku mulai sayu mengingatkan abg Mat dan kak Eda....Penantian mereka berakhir selama lebih kurang 6 tahun..Ya Tuhan, kubersyukur padamu, dengan rezeki yang telah kau limpahkan....Penantian ini amat bermakna.....Adam pembawa seri di dalam rumah tangga kak Eda dan abg Mat.....Aku memanjatkan syukur dan berdoa agar Adam Haikal akan menambahkan lagi seri dan kecerian di dalm rumah tangga abg Mat dan kak Eda...Amin....................

Mohammad Adam Haikal Bin Mohammad

~Carian Ilmu~

Mencari ilmu biarlah sampai ke Negeri Cina......Itulah sebuah pepatah......Sabtu lepas saya bersama Wana, elin dan Farah berkesempatan ke Perpustakaan Negara..Banyak juga bahan berkaitan dgn tajuk tesis sy....Tetapi maklumat yang berkaitan doa sukar untuk sy dapatkan....Sambil membelek-belek buku, tiba-tiba ilham menjelma....huhu...Alhamdulillah, sy dapat satu idea dan idea itu telah membuatkan saya menukar tajuk tesis sy kepada"Penggunaan multimedia untuk melancarkan hafalan kanak-kanak Prasekolah dalam matapelajaran Pendidikan Islam...Mungkin dengan menukarkan bacaan doa kepada matapelajaran Pendidikan Islam ia akan memudahkan sy untuk mencari bahan-bahan yg berkaitan....Tetapi tajuk ini perlu dibincangkan dahulu bersama Dr. Kumar.....Semasa di Perpustakaan Negara ini, sy lihat ramai pelajar Institut Perguruan yg sibuk mencari bahan untuk tesis kali ini....Seronok juga tengok gelagat bakal-bakal guru dr pelbagai Institut Perguruan.....Harap-harap semuanya dapat menghasilkan tesis yang baik..........

Friday, January 15, 2010

Tesis oh tesis.............

Masuk je semester ini, saya dan rakan-rakan sibuk dengan kerja MQA dan kerja baru iaitu carian bahan untuk tesis kami..kami wajib menghasilkan satu tesis (kajian tindakan) untuk dihantar pada semester depan.....Masa tu memang panjang lagi, tetapi jika tidak dihiraukan sekarang mungkin ia akan dihasilkan secara tidak sempurna....tetapi pada semester ini kami bernasib baik kerana Dr. Kumar selaku pensyarah untuk matapelajaran Penyelidikan banyak membantu kamai bagi mencari tajuk-tajuk yang bersesuaian untuk tesis yang bakal dihasilkan...bagi saya tajuk yang dikongsi rakan saya iaitu sani dr UM amat menarik minat saya iaitu "penggunaan multimedia dalam bacaan doa harian kanak-kanak...."tetapi tajuk ini perlu ditambah. Menurut Dr. Kumar, tajuk yang telah saya sediakan ini, mungkin ada tindakan tetapi permasalahan atau isu tidak kelihatan.. saya telah menukarkan sedikit tajuk saya kepada " Penggunaan Multimedia untuk melancarkan bacaan doa harian kanak-kanak prasekolah.....Alhamdulillah tajuk ini diterima....saya berharap dengan tajuk ini, saya dapat menghasilkan satu kajian tindakan yang baik untuk dihantar pada semester depan.....

Saturday, January 9, 2010

Cinta Terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan....

Taubat Seorang Hamba

Album :

Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...