Tuesday, December 1, 2009

Dimana dirimu menghilang?????

Malam masih muda....aku mendapat idea untuk melakukan sesuatu yang bakal mendatangkan hasil untuk hari esok............selesai segala penyediaan yang cukup rapi, aku mencari dan terus mencari.....Dimana dirimu menghilang di saat aku memerlukannya....sudah lama dirimu tidak kelihatan dimata.....Kenapa ketika aku memerlukannya, dia menghilang entah kemana......Adakah merajuk dengan sikapku yang sentiasa ambil mudah dan tidak mengenang jasa?????Maafkan aku sekiranya aku banyak melukakan dirimu...Bukan niat untuk aku melupakannya..tetapi kekangan masa yang membuatkan aku sudah lama tidah menghiraukannya walau seketika....Tetapi kenapa ketika aku memerlukannya dia menghilang entah kemana......Aku cuba mencari penganti dirinya.......Tetapi setiap pengganti tidak bermakna dapat menghasilkan yang terbaik sepertinya dahulu.....Kemana engkau menghilang????Puas aku mencari.....Tetapi masih tidak kelihatan..Puas aku menanti dan mencari, akhirnya aku mencuba pengganti yang baru....walaupun pertama itu terbaik, aku cuba untuk menggunakan pepatah, yang patah tumbuh berganti.......Aku cuba dan terus mencuba, akhirnya, ia tetap tidak sama seperti yang pertama....Percubaan aku gagal....Tiba-tiba, seseorang menegurku untuk mencuba pengganti yang lain.....Akhirnya cubaan kali ini berjalan dengan lancar...Walaupun pengganti ini tidak sama seperti yang pertama ia tetap dapat menggmbirakan aku kerana aku sudaha dapat mnyiapkan kek coklat untuk hari lahir anak saudaraku esok.......Selamat hari lahir adik Humaira'......Walaupun oven kesayanganku tidak kelihatan dimata, aku tetap dapat menyiapakan kek coklat ini dengan mengukus kek ini....walaupun rasanya tidak seperti kebiasannya ketika aku membakarnya di dalam oven kesayanganku ia tetap dapat menggembirakan anak saudaraku esok....Tetapi yang pertama tetap dihati........Oven yang hilang akan dicari esok...Mungkin ia bersembunyi di dalam stor......

Wednesday, November 4, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN...



Sekarang adalah musin peperiksaan...Kepada semua rakan-rakan yang telah dan bakal menghadapi peperiksaan.....Lakukan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini.....Semuanya terletak di bahu anda....Segala persiapan haruslah dibuat dengan lebih awal....Banyakkan beribadah dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan........Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan "Selamat menghadapi peperiksaan.....Best of luck:)



Sunday, November 1, 2009

kelapa sawit VS padi


Sabtu(1 November 2009) Tempat : Ijok dan Kuala Selangor

Emmmmmmm...hari ni mak su, ain, papa n mama ain bergerak agak lewat untuk sesi rawatan perut Ain.....huhuhu..inilah kali pertama mak su menjejakkan kaki ke Ijok.....Sebenarnya dalam kepala mak su hanyalah sawah padi yang terbentang indah di Kuala Selangor....Papa Ain da janji nak bawa mak su ke sana.....mentang-mentang mlm tadi tgok Nur Kasih.......beriya2 mak su nak g sana.....Seronok tgok pemandangan dalam drama Nur Kasih........Dipendekkan cerita, selesai sesi urutan Ain, mak su jugak diurut...heheheheh...urut kepala untuk hilangkan mengantuk....ye la mak su suka sangat tidur...huhuhu....oksigen tak sampai ke otak....(cakap jogging hari2)...???...

Selesai sesi urutan, mak su sempat meninjau ladang kelawa sawit milik tukang urut...huhu
Mulalah mak su mengimbau kenangan di kampung halaman...mana taknya, mak su kan datang dari ladang kelapa sawit juga..........

selepas itu, kami mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu ke Kuala Selangor...Tiba2 mak su teringin sangat nak makan pizza, jadi mak su dan Ain sempat memesan pizza semasa dalam perjalanan ke Kuala Selangor......nanti boleh makan pizza sambil melihat keindahan sawah pada waktu petang.......Sampai di Kuala Selangor kami ke Tanjung Karang....Menurut papa Ain, di sinilah sawah padi terbentang indah......Indahnya keagungan Ilahi.......sawah padi yang terbentang indah...... ..sawah padi yang indah...
...Padi yang menguning...

...seronoknya...

..Ain pun seronok...






Seorang Perempuan........

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya walaupun hatinya....kerana Allah teramat menyintainya...tetapi andaikata kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya, di mana Allah untuk menjaga kita??Allah seakan melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik itu, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaganya, dilindunginya....mengapa masih ragu-ragu??kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari....hargailah atas kesempatan yang diberi.....~

Monday, October 26, 2009

makan!!!!!makan!!!!!!makan je!!!!!!

Huhuhu.....sejak disumpah seseorang...huhuhu...aku asyik makan je sekarang...huhu...tengok makanan, ya Allah, takley nak tahan...nak itu, nak ini.......semua nampak sedap.....dah tak boleh nak kawal diri....sabar yati.........itu semua ajakan syaitan.....huhu...makan la sekadar yang perlu....jangan terlalu ikutkan nafsu makan......makan sebelum kenyang......ingat sebelum terkena......huhuhu....

Saturday, October 17, 2009

Masa dan keadaan........

Semua yang berlaku seiring masa dan waktu adalah sudah ditakdirkan.....bagaimana dgn masa2 yg akan datang????bagaimana ia berlaku,apakan akan berlaku dan adakah kita bersedia menerima segalanya merupakan seseuatu yg belum pasti....tetapi apakah yg akan berlaku sekirannya kita terlalu memikirkan sesuatu yg belum terjadi????adakah kita akn sentiasa dirundum kecewa atau kita sentiasa takut dgan peredaran masa yg bakal berlaku....atau kita terlalu gembira dgn imaginasi yg kita bina sendiri???

Tuesday, October 6, 2009

TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya....

dari :http://upsikini.blogspot.com

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri kepada semua:)

Andai diri ini banyak melakukan kesalahan kepada sesiapa, ampun dan maaf dipinta....Dengan kedatangan Syawal yang bakal tiba, kan kususun sepuluh jari memohon keampunan........Kedatangan Syawal pada kali ini memberikan satu kelainan pada diriku.......

Wednesday, September 9, 2009

Buah hati baru.....:)

Alhamdullilah, hari ini sudah masuk hari ke-19 umat Islam berpuasa.....Tanggal 19 Ramadhan bersamaan 9.09.2009 tepat jam 4.08 petang, kak Dah selamat melahirkan anaknya yang kedua. Ahmad Farish Amsyar itulah nama yang selalu bermain dibibir kak Dah sepanjang mengandungkannya.....Segalanya berjalan dengan selamat, tarikh keramat ini amat bermakna bagiku kerana pada hari ini seorang lagi buah hati pengarang jantung yang bertakhta di hati selamat dilahirkan...Farish adalah buah hatiku yang ke 11......Mak su tak sabar nak jumpa Farish....Nanti kita raya same2........Along jgan jeles ek, mak su ade buah hati baru.........

Tuesday, September 8, 2009

Mengharapkan yang belum pasti.......

Hati, perasaan dan jiwa kadang-kadang banyak diselubungi oleh hawa nafsu dan godaan syaitan.... Jika akal fikiran serta jiwa kita sentiasa bersih, keadaan kita akn sentiasa tenang.......Bagaimana semua ini berlaku......Jika ikutkan hati mati, jika ikutkan rasa binasa......Seperti manusia lain, aku mempunyai pelbagai perasaan....Kadang-kadang tersenyum, murung, sedih dan akhirnya aku menangis.......Sakit hati.....itu adalah penyakit yang aku paling tak suka.....Kadang2 sakit hati ini datangnya dari sikapku yang suka berfikiran negatif terhadap seseorang.....Tapi bagaimana aku mampu memahami perasaan seseorang sedangkan aku adalah insan biasa.......Ego?????Semua orang ada ego mereka yang tersendiri......Tetapi sejauh mana tahap ego yang ditanam dalam diri seseorang membezakan diri seseorang itu....Tahap ego aku kadang2 akan terhakis juga apabila memikirkan sesuatu perkara..... Tetapi sampai bila aku perlu bersikap begini....... Hanya Tuhan yang tahu...Ya, hanya tuhan yang tahu apa yang tersirat dan tependam.........andai semua ini memang tersurat Ilahai, aku terima dgn redha........

Mengharapkan yang belum pasti memang menyakitkan......Kenapa aku perlu mengharapkan yang belum pasti.......Andai semua sudah ditentukan, aku mengharapkan ia datang bersama dengan kegembiraan.......Ya Allah Ya Tuhanku permudahkan segalanya...Aminnnn....

Friday, September 4, 2009

TARIAN POCO-POCO

EMEL DARI SULIZA......

PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA...MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA....YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI...
Ntah betul ke tidak wallahualam. ...
Dipanjangkan. .....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM

Buta muzik part II :(

Hari ini ada kelas Muzik bersama Madam Chaterine....Tapi sebelum tu, aku dan rakan-rakan sempat menyaksikan pertandingan nasyid antara IPGM zon selatan...Seronok juga tgok pertandingan ni.....Tapi dalam keadaan seronok melihat pertandingan nasyid, hati aku tak tentram, takut madam masuk kelas....tup....tup..."1 mssge received" dari bina...."madam tak masuk lagi ade urusan kat bawah"...dalam hati gembira...tup...tup...." 1 mssge received"...dari bina...."madam ckp takpe...."lagi la aku dan rakan-rakan seronok menyaksikan pertandingan nasyid....walaupun hanya 4 buah maktab yang bertanding, tapi kami semua seronok menyaksikan pertandingan ini. Sekurang2nya, hari ini aku dan rakan ada juga ilmu berkaitan nyanyian nasyid..Ape yang diterangkan oleh pengacara majlis, pertandingan ini wajib membawakan lagu yang berentak......terlupa pula...Selepas selesai menyaksikan pertandingan tersebut,aku dan rakan2 tergesa-gesa masuk ke keas...Risau dimarahi Madam..Tetapi nasib menyebelahi kami..madam tak marah.....Aku pun mencapai skor lagu.....


Skor lagu"Tepuk amai-amai"

Skor lagu ini, aku perlu serahkan kepada Madam, Supaya Madam dapat mencari tempo dan style yang sesuai untuk kami mainkan ini.......Permainan keyboard memerlukan keserasian style dan tempo supaya bunyi yang dimainkan sedap didengar.....


"Madam menulis tempo dan style yang sesuai"

Melihat Madam memainkan keyboard mengikut style: 67 dan tempo :110


"Bagai beratatih belajar mengenal not"

"Mencuba keyboard Nini"

Usaha tangga kejayaan...Walaupun aku tak pernah bermain dengan alat muzik, tetapi aku harus juga berusaha dalam mendalami matapelajaran ini...Sesungguhnya, sesuatu yang diusahakan dengan bersungguh2, insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik......Sesungguhnya "satu langkah menuju kejayaan"

Tuesday, September 1, 2009

SALAM RAMADHAN.....:)

Kepada semua sahabat-sahabat, sempena bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak"...
Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini, dapatlah kita sama-sama menunaikan ibadah ini dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.....

Kelebihan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).