Sunday, June 28, 2009

Praktikum bermula....

Assalamualaikum w.b.t

Esok bermulalah seorang guru pelatih akan memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelatih yang akan menjalani praktikum bagi melengkapkan lagi kursus yang telah dijalankan selama 4 tahun ini. Praktikum yang akan dijalankan ini adalah merupakan praktikum kali yang kedua..Pada awalnya, hati agak tidak tenteram apabila memikirkannya memandangkan praktikum ini mengambil masa 2 bulan..Tetapi berbekalkan kecekalan hati dan cita-cita yang tinggi mendorong diri untuk melakukan yang terbaik pada praktikum kali ini..

Menurut kata pujangga "Jgn bersedih kerana kerja yg belum dapat anda sempurnakan. Ketahuilah, kerja besar tidak akan pernah selesai" "Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya.". Ya Allah, kuatkan dan cekalkanlah hati ini untuk menghadapi segalanya, diri ini mengharapkan yang terbaik dariMu...Amin......

Warkah untuk ibu tersayang...

dirimu bak sebutir mutiara..

menyinari diri kami sepanjang waktu

kau menjadi lilin menerangi dunia kami

menjadi payung ketika kami kesusahan.

dirimu menjadi tempat penyelesai masalah di hati kami..

kau pendengar setia kami sepanjang masa..

senyumanmu begitu ikhlas..

terima kasih atas segala kasih sayangmu.

kami anak-anak redha atas kehilanganmu ibu..

segala doa kami mengiringimu

kejayaan kami adalah usaha titik jerit payahmu..

kini seputih kemboja.dan alunan al-quran adalah kasih sayang kami yang berterusan buatmu ibuku sayang..

tak jemu kami mengingatimu di dalam ingatan kami berpanjangan..

ibu.

terima kasih atas segala-galanya..AL-FATIHAH.....

Wanita Solehah


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)




Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.


3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan suami isteri merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
  10. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  11. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  12. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Buta muzik...:(





Apabila bercakap pasal muzik, aku mula mengeleng-gelengkan kepala ku yang takde la kusut sangat...tp bermulanya aku blajr muzik bg ku, cuma sedikit ilmu yg aku dapat...(apa itu skor lagu, apa itu alat perkusi, not lagu dan sebahagian kecil rakan-rakannya yg lain)....pening lagi bila tiba exam...time ni la aku makin kusut..mula la duk membaca buku2 yg tebal tp faham pun tak....tp nasib baik ade rakan2 yg baik hati menolong aku untuk study muzik ni....alhamdulillah...ni nak cite sem ni aku baru dapat tugasan muzik...amali kitorang adalah...huhuhu...sedih aku dgar....permainan secara sola alat muzik kibod....nak nangis rasenya.....da la aku tak pernah petik kibod....mase kck ade la tp tu kibod mainan......lec plak ade bg cadangan suh beli kibod....ade la dalam 4 hingga 6 ratus kibod ni.....aduhai, macam mane ni.....tp nasib baik ade inisiatif lain, kami boleh sewa dr junior.....ok la tu....2,3 hari lepas kitorang ade buat pemilihan lagu untuk amali ni....huhu, aku pun tak tahu nak pilih lagu apa....takpe la pilih dulu blajar kemudian...kami juga dikehendaki membuat kibod kami sendiri..(guna kad manila je...) ini untk memudahkan kami blajar kibod dari awal....(not2 kibod)....semalam, cg Johan dan mdm Catherine ade ajar asas permainan kibod..aku faham la cket2 tp kene banyakkan blaj lagi....bab kata org usaha tangga kejayaan...bukan senang nak jadi senang kan....ape2 pun aku harap sangat dari mase ke semasa aku dapat tingkatkan ilmu permainan kibod ni untuk amali aku yg akan datang......

Thursday, June 25, 2009

diri ini..



Salam ukhwah..pertama kali idea diilhamkan untuk mengarang dan menghasilkan sesuatu yg mungkin diilhamkan untuk kepuasan hati.. Jari jemari bergerak pantas untuk memperkenalkan diri. Dilahirkan disebuah Felda dari keluarga yang agak sederhana..Membesar bersama 3 org kakak dan 2 org abang, dan diasuh oleh ibu dan ayah tercinta..Tanggal 11 Jun 1987 seorang bayi perempuan dilahirkan pada jam 8.30 pagi..(menurut ibu, bayi ini dilahirkan di dalam van...)tak sempat nak ke hospital, tak sabar nak melihat dunia yang indah ciptaan Ilahi...bayi ini di berikan nama yang bermaksud "Cahaya Hidupku"...Nama ini dipilih atas persetujuan suami isteri yang ingin melihat anaknya yang bongsu ini bahagia dan mempunyai sinar cahaya yg sentiasa menyinari hidupnya....Alhamdullilah, bayi ini membesar dgan baik atas asuhan dan didikan dr ibu bapanya..Bermula di tadika kemas, dididik oleh guru untuk mengenal suasana baru di alam luar, mengenal rakan dan mengenal abjad.....(cikgu kata a,b,c......ustaz cakap alif, ba, ta......)...tamat mengenal semua ini, bermulalah alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu..Segala ilmu ditimba dgn penuh harapan, akhirnya keputusan yg tidak seberapa di dlm UPSR melayakkannya memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Falah...Syukur alhamdullilah, dapat juga bljr di sekolah beraliran agama....niat ini memang lama tependam di dalam hati...segala kenangan manis pahit di rasai..segala ilmu dipelajari....paling penting ilmu agama yg dipelajari sentiasa tersemat di hati....Pernah seketika, terlintas di hati untuk menggapai cita2 sampai ke Mesir....tetapai impian yg di bina mungkin tidak diizinkan Ilahi...segalanya telah ditentukan....Guru dulu kini dan selamanya....itu lah aku.....sekarang "Aku" berada di IPGM Kampus Perempaun Melayu, Melaka menambah segala ilmu yg harus dihabiskan dalam masa setahun setengah sebelum bergelar "GURU"...Alhamdullilah, cita-cita yg satu ini menjadi.....dan ku doakan agar cita2 ini tercapai dgn selamatnya..amin........Terima Kasih Ya Tuhan....Ya Rabbi....